WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Saturday 22 September 2018

Pengalaman Peperiksaan Penilaian bagi Pen. Peg. Hal Ehwal Islam Gred S29

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah saya dapat tawaran utk menjalani Peperiksaan Penilaian bagi Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 bawah Negeri Terengganu pada 18 September 2018. Jadi kat sini saya hanya nak kongsi pengalaman sahaja.

So, masa dapat tawaran ni by surat, memang blur nak baca apa ea. tapi kat surat tu dah tulis akan ada 2 seksyen iaitu:

seksyen A: Pengetahuan Am (1 jam)

-kat sini dah dinyatakan baca sejarah negeri Terengganu, Hal ehwal pentadbiran negeri/ persekutuan
-so bacaaaaa lah korang. mmg keluar. nasib baikkk la dlu belajar form 6, apo lagi, amek buku teks Pengajian Am lahhh
- mostly soalan mengenai pentadbiran negeri/persekutuan, dewan rakyat, dewan negara, YDPA, Majlis raja2, jemaah menteri
- Perlembagaan ada jgak, dasar ada jgak tapi xbanyak sgt, mahkamah
-jgn lupa study gak warna bendera daerah. haha


seksyen B: Kemahiran berfikiran dan Penguasaan bahasa (1 jam)

-yang ni xdapet nak tolong, 50 soalan dalam masa 1 jam yeee
-xdibenarkan guna calculator ye
-so jawab lah dgn jayanye .hahaha jangan lupa praktis banyak2. takut tkejut tengok soalan. hehehe sbb soalan nye berbelitttt2 dan nak tengok pemikiran logik kte

sekian saja. Goodluck!!!!
Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Friday 21 September 2018

Pengalaman Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) Peg. Belia dan Sukan Gred S41

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, pada 5 Sep 2018 saya berpeluang untuk menjalani UKJK bagi jawatan Pegawai Belia dan Sukan Gred S41 di IKBN Wakaf Tapai, Marang Terengganu.

so kat sini sy hanya nak kongsi pengalaman bagaimana ianya dijalankan. Saya dijadualkan utk hadir pada jam 7.30 pagi. Saya hadir jam 7.15 pagi, ingatkan dah semangat, rupa2 nya ramai dah yg sampai waktu tu. hehe so pendaftaran mula pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi dan kami diberi no badan.

Selepas itu, pihak mereka memberi sedikit taklimat mengenai UKJK dan memberi contoh ujian yg kita akan lakukan. Anggaran yang hadir ketika tu adalah 80++ orang dan kami dibahagikan kpd 3 kumpulan. Bagi kumpulan sy dimulakan dgn melakukan Sit & Reach, kemudian BMI & Handgrip Test.

Selepas semua kumpulan selesai melakukan 3 ujian ini, kami berkumpul semula. Masa ni korang kena alert no badan masing2. Coach/fasi/pihak yg bertugas (xtaw nak panggil pe .hehehe) akan sebut no badan dan korang akan ke depan utk melakukan Curl Up Test selama 1 minit. Dalam 1 kumpulan ada dlm7-8 orang kot. So, yang lain akan tengok je la.

Kemudian, kita diberi rehat selama 15 minit dan sambung buat Beep Test. Ni pun sama, korang kena alert dgn no badan. Coach akan panggil kita dgn no badan, sama seperti Curl Up Test, dalam 1 kumpulan ada 7-8 orang dan yang lain akan duduk di tepi dewan dan tengok kita buat sementara tunggu giliran. hehe

Untuk UKJK ni ada 5 perkara yang mereka akan uji iaitu:

1- BMI

Alhamdulillah, senang hati bila cek BMI normal. hehe sy dalam skor 2.


Cek BMI disini

2- HANDGRIP TEST

Haaaaa, handgrip test ni sy xtahu laaaaa boleh skor brape. Coach x tunjuk plakkk. Tapi kecewa juga lah sbb sy tahu genggaman sy ni memang xkuat mana. Lagipun  x berlatih siap2 kat rumah. So korang berlatih la dulu ye, try lah genggam apa2 kat rumah tu. Masa test ni mereka bagi kita peluang sebanyak 2 kali, cuba lah genggam dgn menggunakan tangan dominan. Haaaa, jangan plak berpeluh tangan nya nanti licin plak genggaman kita tu. Selain tu, banyak2 lah tengok Youtube, kat situ banyak sangat video ajar UKJK ni. Kebanyakan nye omputih lah.

Video Handgrip Test

3- CURL UP TEST

Yang ni plak sy boleh buat dgn jayanya sebab dah praktis cukup2 kat rumah. hehehe Selain tu, dah biasa buat masa zaman main Taekwondo dulu. Tapi jangan tertukar dgn bangun tubi yg kita biasa buat tu, yang ni kita kena letak hujung jari kita di garisan pertama, kemudian bangun utk capai ke garisan kedua tanpa terangkat tangan kita tu. Haaa nak mudah tengok lah link Youtube yg sy beri tu ye. Jangan lupa berlatih ye sbb sy perhati ramai sangat yg buat sambil terangkat jari tu, coach xkan kira bilangan kita bangun tu.


Video Curl Up Test

4- SIT AND REACH

Alhamdulillah, terima kasih kpd training Taekwondo selama ni sy boleh buat mende ni. hehe ujian ni sy boleh buat sampai 37cm. Tapi ada yg sampai 41cm boleh buat, memang lentur lah badan dye! haha terpegun kejap. ingat senang ke nak sampai 40++cm ke atas ni. Rasa macam nak tercabut je kaki ni. hehe Jangan lupa praktis siap2 kat rumah ye. kalo buat hari2 Insyaallah lentur.


Video Sit and Reach

5- BEEP TEST

Lasttttt sekali adalah Beep Test. Saya mampu sampai Level 3 Stage berapa xpasti plak. Semput gler ms ni. hehe tu lahhhh sape suruh malas nak jogging.



Video Beep Test


Semuanya selesai dlm jam 12 tengah hari, selepas diberi taklimat. Kami pun bersurai. So, apaaaa lagi, pergi PB sentral layan Munafik 2 lah. hehehehe Keputusan nya akan keluar dilaman web SPA dalam tempoh seminggu ke 2 minggu.

So, Goodluck guys! Sape yg terpilih utk UKJK ni boleh lah ambil masa utk berlatih, jogging dan sebagainya utk lepas ujian ni dan terpilih utk next interview ye!





Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Friday 27 July 2018

Pengalaman temuduga YPK bagi jawatan Pegawai Psikologi

Assalamualaikum 😊

Okey, Alhamdulillah dah selesai temuduga YPKT hari Ahad lepas utk jawatan Pegawai Psikologi S41. Seriously, nervous betul nak pergi temuduga kali ni sebab pertama kali diberi peluang ditemuduga bawah kerajaan negeri bagi jawatan Kaunselor. Seminggu dari tarikh temuduga dah dapat panggilan, so memang study siang malam lah. hehehe beriyeeeee i study semua teori, sesi dan segala jenis fail masa praktikal dahulu kala. hehehe tapiii xda pun tanya semua tu ...hihi so ni antara pengalaman yg saya ingin kongsikan :)

Saya antara individu yg paling awal sampai kat situ, temuduga mula jam 9 pagi tapi saya dah sampai jam 8.15 pagi, yelah x nak kelam kabut dan prefer untuk datang awal. So, mulakan senyuman dgn lebar walaupun dalam hati ni nervous .hehe so Puan yg bertugas minta duduk dulu dan x lama kemudian dye minta cek kehadiran dan tandatangan. Saya dimaklumkan saya peserta no. 10 dan temuduga adalah ikut giliran, so yeah saya menunggu dengan tenang. Sementara tu, saya perasan kat kehadiran tu ada senior dan junior dari universiti saya. Happy betul sebab dah lama x jumpa dorang, at least ada jugak kenalan kan :D

Okey, tiba je giliran, saya baca doa apa yang patut, ketuk pintu dan say good morning. Permulaan ni korang just speak in english, kalo penemuduga cakap dalam BM baru korang jawab dlm BM :)

Antara soalan yang penemuduga tanya:

1- INTRODUCE YOURSELF

2-TELL ME MORE ABOUT YOUR FAMILY

3- TELL ME ABOUT AN ARTICLE THAT YOU'VE READ (masa dok menunggu kat luar, dorang ada bagi beberapa jenis artikel utk dibaca)

3- RELATE AN ARTICLE THAT YOU'VE READ WITH COUNSELLING

4- APA KEISTIMEWAAN AWAK? (masa ni dah sembang dlm BM dah. hehehehe )

5- DUN MANA, SIAPA ADUN AWAK DAN SIAPA NAMA MB KITA?

6- SIAPA PEGAWAI DAERAH AWAK?

7- BERAPA DAERAH DALAM NEGERI TERENGGANU?

Sebab ni under kerajaan negeri, so banyak2 lah membaca pasal negeri sendiri dan pengetahuan am. Based on pengalaman saya interview Yayasan Pembangunan Keluarga ni, mereka xda tanya pun pasal kaunseling .huhu tapi lebih kepada diri kita sendiri dan pengetahuan am.

Apa-apa buat lah preparation dengan baik dan dalam ms seminggu tu mmg waktu yg panjang utk kita cari info tambahan.

TQ :) Next entry Insyaallah saya kongsi doa yg boleh diamalkan utk pergi temuduga




Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE