WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Sunday 30 September 2012

al-Kisah koku dan Silat Cekak ~







assalamualaikum :)
ehem ..kenal ke sape dye tuuu ?haaa ni lah pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ..YM Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad ~
atoii ,tetibe cite pasal beliau kan ?sebenarnya sy TERmasuk kokurikulum silat ..al-kisah nye harus buat assignment ttg tokoh di dunia persilatan kat Malaysia ni ..so !sy guna khidmat pak cik google ~alih2 menda lain yg keluar ..in the end ,post kat status FB ,alhamdulillah ramai kengkawan yg mbantu bg link n suggest nama tokoh terbabit !hehehe ~

dah ~dah ~malas nak cite panjang lebar ,kalau nak tahu pasal ustaz hanafi ni ..
boleh lah godek2 kt sini ye ----> Silat Cekak ~ ^_^

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Saturday 29 September 2012

Twilight :Breaking dawn part 2 around the corner ~

Twilight Breaking Dawn theatrical trailer ~
wahhhh seriously i can wait no more !
16 november 2012 ~this saga will end perfectly ~
for me this last saga will be a perfectly because there's more story bout war ..we will see more effect on this ^_^



there's a leaked movies link of breaking dawn that i found ..but i cant open it ,dun know why :(
so !be calm and wait for the movies release in cinema yaaaa ! ^_^
Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Friday 28 September 2012

Rooftop Prince & Arang ~

assalamualaikum ,sungguh lama x update blog ni ..maaf ye !agak kesibukan (alasan ! :p ) ,xda lah ..betul punyerrr sibuk ni ..tp ,lebih kpd keletihan lah ..jadual xda lah padat tapi banyak program ..bila ada masa renggang ,curi2 rehat lah ..blog plak terabai ..xsempat nak fikir apa yg mahu di update kat sini ..hehe ,

tp ,walau sibuk pun ..ada masa lagi layan cerita (xda TV ,kita layan laptop kan ? :p ) ..sambil2 makan sambil2 layan cerita ..cerita apa ?sebab dah habis stok Running Man sampai episod 106 ,skrg beralih arah tengok Rooftop Prince plak ..haha ~sy bukan peminat tegar korea tp kalau orang promote2 ,sy layan jek ..boleh tgk pun sbb heroin rooftop prince tu jadi guest running man ms epi 106 ,tu jadi TERpengaruh nak tengokkk ..skrg kat episod 10 ,boleh tahan lah cerita nya walaupun dah tahu ending camana ^_^

skrg sy sedang menunggu my 'MACIKK' donload cerita ARANG ~shim min ah yg berlakon ..nampak cam besttt jek ..teruja nak tgk sbb ms tgk dye dalam my girlfriend is a gumiho sangat comel dan best !


p/s :lagu ni besttt tp xtahu tajuk apa dan sape nyanyi :(

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Sunday 16 September 2012

Antara rezeki dan ujian ~

Allah hantar anak kucing nak uji kita samada kita ni sayang tak dengan REZEKI ALLAH..oleh itu ,jangan b'kira sangat ..ikhlas kan hati dlm mbahagikan rezeki allah ..sedih rasa bila tengok kucing kurus kering dan sangatt lemah kt tepi2 jalan ..dlm hati terfikir ,xda sape ke nak bg makan kat dia ?xda ke yg kesian ?ya Allah ,sy hanya mampu tolong apa yg terdaya ..sy janji lam diri sy ,bila dah kerja nanti ..sy akan selalu tolong dari segi kewangan mahu pun tenaga utk badan2 or persatuan2 yg cuba menyelamatkan kucing2 terbiar ni ..insyaallah ,suatu hari nanti :')


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Monday 10 September 2012

Persoalan wanita dan lelaki yg baik itu sebenarnya utk siapa ?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian. Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.

Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis. Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.

Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri. Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram.

Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.

Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.

Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita. Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika  kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.

Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.

Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!

Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.

Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim. Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.

Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.

Wallahualam.....









Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Friday 7 September 2012

| Orientasi di USIM |

assalamualaikum ..
firstly ,sy nak mintak maaf bebanyak sebab blog ni agak berhabuk & agak kelambatan nak balas kunjungan orang ( ayat macam orang pemes ,wakaka )
& nak ucap mekaseh kat miss aera syie sbb tunggu bas sy yg kelambatan tiba ary tu ..siap angkut sekali barang2 ..haha ~mekaseh yunk !yg pasti ,isi minyak kat kfc lepas tu ..haha ~

sebenarnya ,mmg nak sangat update blog ni ..tp di sebabkan keletihan & malas utk berfikir ..blog pun terabai ..utk pengetahuan korang ,skrg ni sy tengah berada di atas kerusi hadapan meja study kat USIM ..alhamdulillah ,sy mendaftarkan diri pada 1 september hari tu dan orientasi sudah pun selesai pd hari rabu yg lalu .. TAPI !sy masih x update kan ..kenapa ??sebab keesokan hari terus pergi class utk program bahasa ..so ,alhamdulillah ..kelmarin dan hari ini sudah selesai utk bahasa arab ..esop dan lusa utk english plak ..dan hari isnin dah start class ~_~ siyes penat ..

pengalaman berada di sini okeyy jek ..pendaftaran nye sangat sistematik ,kejap sangattt walaupun ramai pelajar ..yg plg hebat ,tahun ni mcatat sj krn kemasukan kali ni paling ramai iaitu 1908 org drp 20000 permohonan ..dari stadium tertutup tu ,kami kena angkut barang2 menggunakan bas usim bersama2 keluarga..seriously im really speechless when i've got the key ..aras 4 ??tegang urat tangan ku keesokan hari nye krn mengangkat beg yg boleh tahan berat even ramai2 yg bawak ..huhu ,
dah sampai bilik ,rupa2 nya ..sy paling akhir sampai walaupun ms tu baru tengah hari kot ..kira dok katil atas lah tinggal nye ..redha je lah ..hehe ,

lepas tu ,family mahu pulang sudah ..mak asyik dok nasihat dan peluk2 ..sy cool jek ..turun kat bawah hantar mereka ..lepas tu naik balik ,intai kat tangga ..masa tu ,menangis kot ..sedih plop rasa ..nyesal dop peluk mak lama & mintak maaf serta mohon doa ,rasa nak berlari gi panggil mereka (keegoan menurun ) ,mikir lambat lagi nak balik dan jumpa semula ..cmana kalau xsempat ..allah T_T
kesian mak sy ,kalau dok kat rumah akan dok sorang ..kalau dok kat pahang ,bukan nye boleh dok lama ..xselesa gak kan dok umah orang lama2 even ada tok kat sana ..still rindu kat rumah sendiri ..

roomate pun okeyy jek ..tp ,semua cos lain2 ..2 orang dari tamhidi dan sorang lagi dari STAM ..yg stam tu nama hafizah ,kuala selangor ..cos akaun ..yg tamhidi tu ,haziqah ,kuala selangor ..cos fikh fatwa ..najah ,kelantan ..cos aktuari xsilapnya ..tp ,dari fakulti sn dan teknologi lah ..yg pasti ,semua 19 tahun ..sy jek kelambatan mai sini ..hehe ..over all ,yg dapat usim ni drp STAM & kelantan ..

so bermula lah orientasi kami pd malam itu ..and again wordless bcuz we need to walk from KK1 until stadium tertutup nilai ..taw x jauhhh ??sabo je lah ..huhu ,

tagline kami 'SIAPA YG BERI KEKUATAN ?? ALLAH !'

p/s : sebenarnye perkara ni xperlu dirungutkan pun sebab mmg hidup sy dah bjalan kaki nak pegi mana2..saje nak mengada ..haha ~_~'


p/s : ni dah suku perjalanan dari stadium ..bangunan tu jauh lg kan ?haa ..kolej kediaman kami ,jauh lagi lepas drp bangunan canselori tu ..sy bangga ada kaki yg kuat ni !ahaks ^_^

mereka siap letak lg kebaikan senaman berjalan kaki kat booklet kami ..haha antara nya :

- menyihatkan jantung ,mengelakkan sakit jantung dgn rendahkan kolestrol
-mengurangkan stress
-mengekalkan kekuatan otot
-mengurangkan risiko osteoporosis
-mampu meningkatkan keyakinan diri

siyes ,teruja tgk bangunan canselori tu ..even sebelum dpt masuk sini pun da rasa kagum ..lawa ,xsangka dpt tgk live :)
sebelum kena tinggal ..huhu


ini kolej kediaman sy ,dari angle blok A ~

p/s : ms ni tutup lampu ..naib canselor kami beri ucapan ..gimik PALAPES de best walaupun nak tercabut jantung ni kes bderau ..bom terus kott lam dewan ni ..dgn senjatan api lg ..walaupun taw xberbahaya or terancam ,tetap TERmenangis kes xtahan dgn debaran ..kecoh jap kami2 semua terkejut ..haha ^_^v
dan palinggg mantap adalah persembahan nasyid mereka ,xtahu nak cakap cmana ..tp ,terharu rasa dengar suara kump nasyid usim tu ..merdu sangat suara ..ms tu nyanyi lagu favourite ,ku harap cinta :)
satu lagi xtahu lagu apa ....

okeyy lah ,penat menaip sudah ..nanti next entry sy cite suasana belajar ,fakulti dan lain2 ye ..buat mas skrg ,nak mikir nak masuk kokurikulum amenda ,blurr ..minggu dpn nk kena daftar daaa ..hehe insyaallah ..moga dapat keredhaan Allah ..xlupa ,terima kasih kerajaan terengganu krn bagi sy duit yayasan beberapa hari sebelum sy pegi ke usim ni ..

kenangan bsama korang sgt indah .moga korang jaga diri elok2  :')

Sahaja Aku Menuntut Ilmu di USIM Kerana Allah Taa'la...
#jom setting niat jom ^^

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE