WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Wednesday 29 February 2012

Be a FoRm 6 sTuDenT ??

aSsaLamuaLaikuM ~

terasa gatal tangan nk mengUPDATE lg blog ni after tengok my friend blog ,dye cite sal skolah ! (mbuat hati ku jeles dan rindu ttg alam psekolahan ni ;p )sedikit pengakuan nk buat ni =_=

form 6 ni mmg bg makna sangat2 kt sy ,kenapa??sebab nye ,di situ lah ak belajar erti persahabatan ~erti islam yg sebenar (bukan mksud ak ni ak xtaw menda bab agama !haha ) tp alhamdulillah ,ilmu agama bjaya didalami lg ..drp byk menda yg ak xtahu ,lepas msuk form 6 makin btambah2 ilmu agama yg ak dapat dri sahabat2 dan cikgu2 ..

mula2 nak masuk form 6 tu ,sungguh ak depressed buat seketika ..kalau ak ad peluang rasa nk lari je dari situ..perkara ni blanjutan sampai bulan 3 ak upper 6 ..jiwa ak mberontak sebab ak betul2 xsuka dgn situasi ak ..ak jeles dgn sahabat2 lama aku yg semua nye da masuk U ..asyik busy dgn U mereka tnpa sedar meninggalkan aku tkapai2 keseorangan (tu yg aku fikir larr ,jiwa mberontak kan ms tu :p )

baWak diri larr konon ms ni ,huhu


 aku fikir ,kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan??tp sedar kah aku?

''boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..''
AL-BAQARAH:ayat 216

lepas bulan 3 tu ,ad seorang sahabat ak (tanpa dye sedar lah kan ) telah mbuka mata aku utk ak lawan dye sungguh2 ,belajar sungguh2 ,so ak decide supaya gembira kan diri ,knpa ak xleh gmbira mcm dye??so ,ak buat2 gembira walaupun aty tengah sengsara (sengsara larr sangat :p ) ..ms tu larr ak buka fikiran ak luas2 utk time kenyataan !dan cuba utk blajar bsungguh2 ..blajar utk redha dgn keadaan ak ,hya dgn redha dan ikhlas je dpt selamatkan aku ~ak bangkit !fight !fight !

sahabat aku yg menyedarkan ak tu ad dlm salah sorg ni^^,


''...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir..''
SURAH YUSUF:87

tambah2 lg ms tu terpaksa stay kat hostel (oh please ,hostel??) dok kat rumah pun xlepas, ni dok kat hostel,semua kena buat sendiri dan tpaksa lepas kan segala kebebasan ..tp ,after setahun setengah dok kat hostel ,sy dapat kenangan plg bmakna larr ..dpt jumpa dgn adiq2 yg baik (yelah ,aku yg plg tua kt situ :p )
kenangan dok kat dorm L mmg xleh lupe ,kak min kak nisah ebah suha jann shaiy syahton mila ain nazirah erin ainur eizzah ,xlupa jugak yg sempat merase sketika jd ahli dorm L iaitu silmi phia intan ,dan juga ahli baru ms nk exam sharifah kak nisa kak sue kak hanan (ye, sesi pomot nama sedang bjalan ..haha )

Bebudak ni larr yg menguatkan aku (make me smile^^, )


 saudaraku yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur...
Tangisan ini tiada air mata, tangisan ini trcipta dikala duka. Jeritan ini tak brsuara, jeritan ini hanya terasa dlm dada. Gelisah ini bukan skedar resah, gelisah ini sll brgejolak bagaikn amarah. Ya illahi.. inikah sepucuk surat cinta-Mu yg menorehkn sbuah luka dlm krinduan. Smua rasa dlm dada ku tak brakhir dlm canda, tak menghilang dlm tawa, bl Engkau mengetahuinya biarkan rindu ini trsenyum akn k'indahan-Mu. ..

InnaAllaha Maana^^,


untukmu untukku.....buat hati yang sedang bersedih..SENYUMLAH!!
kerana dgn sekuntum SENYUMAN akan mbuat diri kita melupakan masalah ..jgn cepat mengalah !percayalah bahawa :

''ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..""
AL-BAQARAH:ayat 286

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya...

insyaallah ,moga apa yg kita lakukan akan selalu diberkati oleh Nya ..

ni larr sahabat2 sperjuangan aku^^,mana se ea aku?? (6 atas usuluddin)

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Tuesday 28 February 2012

keNapa akU Di uji seBegini ruPa ??

kenapa aku diuji??

''apakah mereka itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan..''kami telah beriman'' sedangkan meraka tidak diuji.. dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka.. maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yang dusta''

AL-ANKABUT:ayat 2-3

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan??

''boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..''

AL-BAQARAH:ayat 216



kenapa ujian seberat ini??

''ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..""

AL-BAQARAH:ayat 286



rasa frust??

''jangan kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati..padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman..''

AL-IMRAN:139


bagaimana harus aku menghadapinya???

''wahai orang2 yang beriman!!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh dimedan perjuangan..dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)..''

AL-IMRAN:200


apa yang aku dapat daripada semua ini??

''sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...''

AT-TAUBAH:111

kepada siapa aku berharap??

''cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNYA..hanya kepadaNYA aku bertawakal..''

AT-TAUBAH:129

aku tak tahan!!

''...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir..''

SURAH YUSUF:87

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..


Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”


p/s :nk upload lg gambar2 spya korg sume xda larr bosan baca tulisan je kan ,tp nape larr uploader ni jeles sma ku ,xnk kasi sy download ,so maaf lah ye kalau bosan ;p
tp ,ambil larr input2 yg bguna ni :)
Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

apA iTu keMuRungaN?

AssaLamuaLaikum~
sy Nak sHaRe kaT sini ttg KEMURUNGAN ..
amboi ,teRasa exCited plak nk ciTe sal kemurungan ni ,sy peNah aLami ke?lalala ~~

nTah larr ,tp seDikit seBanyak ,kte boleh share samA2 ye ^__^
seLamaT mbaCa ~~

Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes. Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus.

Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Gangguan ini juga menjadi punca kematian paling umum akibat membunuh diri. WHO menganggarkan kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada penyakit tibi. Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.

Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius. Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki. Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.

Simptom-simptom itu termasuk:
  • Emosi negatifAnhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)
  • Perasaan tidak endah
  • Hilang minat dan rasa seronok
  • Hilang minat terhadap hubungan seks
  • Perasaan sedih
  • Rasa letih
  • Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak
  • Mengalami gangguan tidur
  • Mudah sensitif
  • Resah
  • Keliru
  • Kadar konsentrasi yang lemah
  • Kesunyian
  • Perasaan negatif:
  • Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri
  • Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.


Diagnosis
Untuk mendiagnosis kemurungan, masalah perubatan lain yang mungkin mengakibatkan simptom-simptom yang sedang dialami pesakit perlu disingkirkan terlebih dahulu. Tiada satu punca tertentu yang mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa faktor.

Berikut adalah antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung:

Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.
Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.

Pada akhir tahun 2010, kira-kira tiga juta rakyat Malaysia dikatakan terdedah kepada kecelaruan mental dan kebanyakannya berpunca daripada kemurungan (depression).

Penyakit itu kebanyakannya berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah.Apa itu kecelaruan kemurungan atau depressive disorder?Tak semestinya berasa sedih itu adalah 'murung'. Sedih adalah suatu perasaan biasa.

Tetapi jika ia berlanjutan sehingga tingkah laku berubah ketara, cepat marah, resah, mempunyai idea pelik, memikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol dan tidak upaya melakukan aktiviti harian; maka itu berkaitan dengan kemurungan.

Ini antara tanda-tanda biasa kemurungan:

Rasa tak berdaya dan putus asa.
Rasa seperti tidak ada yang boleh dilakukan untuk memperbaiki situasi.
Hilang minat dalam kegiatan seharian.
Tidak tertarik pada hobi, hiburan, kegiatan sosial, atau seks.
Tak mampu rasa gembira dan senang hati dengan kegiatan itu.
Perubahan pada selera makan atau berat badan.
Gangguan tidur. Mungkin insomnia, iaitu tak boleh tidur ataupun terlebih tidur, iaitu hipersomnia.
Mudah marah atau gelisah.
Tahap toleransi jadi rendah, hampir semua orang akan terkena tempias kepada sifat itu.
Hilang tenaga. Rasa letih dan lesu. Badan terasa tidak cergas sehingga memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
Membenci diri. Rasa tidak berharga dan bersalah.
Mudah mengkritik diri sendiri.
Mengalami masalah konsentrasi. Masalah fokus, membuat keputusan, atau daya ingatan.
Sakit pada anggota fizikal tanpa diduga. Sering sakit kepala, punggung, otot, dan perut.

Apa nak buat kalau mengalami simptom itu?

Dapatkan sokongan orang lain seperti keluarga dan kawan-kawan yang boleh dipercayai.
Jangan bersendirian.
Sememangnya mengubah gaya hidup tidak semudah yang kita fikirkan. Tetapi jika berjaya, ia memberi kesan yang baik kepada kita.

Cuba lakukan perkara berikut:

Dekatkan diri kepada Allah.
Bina hubungan yang memberi sokongan moral.
Libatkan diri dengan sukan.
Ambil makanan yang menyihatkan.
Urus stress dan relaks.
Lawan idea negatif dalam diri.

Jika kita dapati kawan-kawan kita mengalami masalah ini. Berikan sokongan. Atas dasar kemanusiaan, mereka perlukan seseorang.


sekian^^,

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Saturday 11 February 2012

peNgaJaRan aRy ini~

org cakap tanpa sahabat sape larr kita .ad jgk yg cakap kita adalah sape yg kita bsahabat tu..benar kah?
hmm ...mbuat ku terfikir dan tmenung sejenak ..pkataan SAHABAT tu amat besar bg ku ..
kadang2 terasa serik dah nak rapat dgn seseorg yg bgelar sahabat baik ..
ary ni amat bmakna bg ku ..ak bjumpa dgn SAHABAT BAIK KU ..tlalu banyak yg ingin ak ungkapkan kpd dye sebenarnya (sbb lme sgt xjumpa) ..tp ,x terungkap sbb nye ,bila ak tgk wajahnye ,dye dah wat ak happy ..buat ak lupa semua masalah yg ada antara kami (seriously) ..byk yg ak nk cakap kt dye tp ak xsampai aty nak cerita ,,ak xnak ada masalah dgn dye disebabkan org lain ..

seriously ,dye layan ak macam tiada masalah di antara kami ...ye,mmg dye xrasa apa yg ak rasa tp obviuously dye taw apa yg ak rasakan ..cuma dye xnak explain dan cakap ape2 (adakah ak sedang backup dye?or nk sedapkan aty?) hmmmm =.=

tiap kali ad sesuatu msalah timbul ..dye always senyap ..kadang2 ak fikir ,dye xsuka kawan dgn ak ke sbb ak ni mcm ni dan mcm tu ..tp ,kdg2 ak fikir dye sbnarnye sdg protect ak ea ..protect drp someone else yg sedang menimbulkan masalah ..(seriously ,,ak nak sedapkan aty ak or ianya benar?)

now ,im trying to be a mature person ..matured dlm menyelesaikan masalah ,matured dlm menangani seseorg ..matured dlm menempuhi hidup ni ..and so on ~~~~
SAHABAT ku itu bpesan kpd ku ary ni ,,
~~>senyap lebih baik drp bbicara
~~>jgn libatkan org lain dlm masalah "kita" sendiri
~~>jgn sesekali main dgn api jika ianya buat kita tbakar
~~>sentiasa sabar dan tabah walau apa org kata kat kita

ye,sy akan cuba ikut apa yg dye sarankan ..sy cuba ambil setiap input yg dye cakapkan ..sbb sy SAYANGKAN SAHABAT SAYA TU ..
"sumtimes ,ape yg anda ingin miliki tu ..xsemestinye dpt ..kdg2 kte ingt org yg sllu ad dgn kte tu mlik kte ,tp sbnarnye ,x ..tp ,klau kte ltak kan sume tu dgn niat krn Allah ..insyaallah ,sume nye psti selesai ..yg ak harapkan?ak harap ,ak boleh bisa bsabar dn btahan ,for the sake of ukhuwah ..ak syg kan ukhuwah ak dgn stinggi2 nilai ..ak xkan persia2kan sgala ukhuwah yg ak bina slama btahun2 krn sesuatu yg kecil ..salam ukhuwah buat semua ..ingat ,friends we are forever friends will be .."


p/s :Ya Allah ,ak mohon kpdMu moga kau permudahkan segala urusan ku..jika ini ujian yg diberikan utk ku ,ak akan cuba mengendalinye dgn tabah ..insyaallah (0_0)


sungguh !!terasa nk upload gambar kami xd ,tp xboleh :') sokey ..moga jd kenangan terindah dlm ingatan ku ..dye cakap dye suka lagu ni (page one ,ost coffee house) ^__^


http://youtu.be/3ObbmK6Z5pU








Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Tuesday 7 February 2012

peMBuka BicaRa

asSalamuaLaikum ,,

aHLan wasahLan buat semua ..
saya warga baru dlm dunia bLog ini ^__^
insyaAllah sama2 Larr kte tamBah ilmu disini ..
ukHuwaH Fillah aBadan aBada ~~

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE