sy Nak sHaRe kaT sini ttg
amboi ,teRasa exCited plak nk ciTe sal kemurungan ni ,sy peNah aLami ke?lalala ~~
nTah larr ,tp seDikit seBanyak ,kte boleh share samA2 ye ^__^
seLamaT mbaCa ~~
Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes. Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus.
Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Gangguan ini juga menjadi punca kematian paling umum akibat membunuh diri. WHO menganggarkan kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada penyakit tibi. Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.
Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius. Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki. Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.
Simptom-simptom itu termasuk:
- Emosi negatifAnhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)
- Perasaan tidak endah
- Hilang minat dan rasa seronok
- Hilang minat terhadap hubungan seks
- Perasaan sedih
- Rasa letih
- Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak
- Mengalami gangguan tidur
- Mudah sensitif
- Resah
- Keliru
- Kadar konsentrasi yang lemah
- Kesunyian
- Perasaan negatif:
- Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri
- Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.
Diagnosis
Untuk mendiagnosis kemurungan, masalah perubatan lain yang mungkin mengakibatkan simptom-simptom yang sedang dialami pesakit perlu disingkirkan terlebih dahulu. Tiada satu punca tertentu yang mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa faktor.
Berikut adalah antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung:
Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.
Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.
Pada akhir tahun 2010, kira-kira tiga juta rakyat Malaysia dikatakan terdedah kepada kecelaruan mental dan kebanyakannya berpunca daripada kemurungan (depression).
Penyakit itu kebanyakannya berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah.Apa itu kecelaruan kemurungan atau depressive disorder?Tak semestinya berasa sedih itu adalah 'murung'. Sedih adalah suatu perasaan biasa.
Tetapi jika ia berlanjutan sehingga tingkah laku berubah ketara, cepat marah, resah, mempunyai idea pelik, memikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol dan tidak upaya melakukan aktiviti harian; maka itu berkaitan dengan kemurungan.
Ini antara tanda-tanda biasa kemurungan:
Rasa tak berdaya dan putus asa.
Rasa seperti tidak ada yang boleh dilakukan untuk memperbaiki situasi.
Hilang minat dalam kegiatan seharian.
Tidak tertarik pada hobi, hiburan, kegiatan sosial, atau seks.
Tak mampu rasa gembira dan senang hati dengan kegiatan itu.
Perubahan pada selera makan atau berat badan.
Gangguan tidur. Mungkin insomnia, iaitu tak boleh tidur ataupun terlebih tidur, iaitu hipersomnia.
Mudah marah atau gelisah.
Tahap toleransi jadi rendah, hampir semua orang akan terkena tempias kepada sifat itu.
Hilang tenaga. Rasa letih dan lesu. Badan terasa tidak cergas sehingga memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
Membenci diri. Rasa tidak berharga dan bersalah.
Mudah mengkritik diri sendiri.
Mengalami masalah konsentrasi. Masalah fokus, membuat keputusan, atau daya ingatan.
Sakit pada anggota fizikal tanpa diduga. Sering sakit kepala, punggung, otot, dan perut.
Apa nak buat kalau mengalami simptom itu?
Dapatkan sokongan orang lain seperti keluarga dan kawan-kawan yang boleh dipercayai.
Jangan bersendirian.
Sememangnya mengubah gaya hidup tidak semudah yang kita fikirkan. Tetapi jika berjaya, ia memberi kesan yang baik kepada kita.
Cuba lakukan perkara berikut:
Dekatkan diri kepada Allah.
Bina hubungan yang memberi sokongan moral.
Libatkan diri dengan sukan.
Ambil makanan yang menyihatkan.
Urus stress dan relaks.
Lawan idea negatif dalam diri.
Jika kita dapati kawan-kawan kita mengalami masalah ini. Berikan sokongan. Atas dasar kemanusiaan, mereka perlukan seseorang.
sekian^^,
0 penGomen coMeL~:
Post a Comment