WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here
Showing posts with label sHimi moRe~. Show all posts
Showing posts with label sHimi moRe~. Show all posts

Monday, 6 August 2012

| seMpena Hari Lahir ini |

assalamualaikum ..alhamdulillah ,pada tarikh 6 ogos 2012 a.k.a nuzul Al-Quran ni usia ku bganjak ke 20 tahun ..dengan penambahan usia ini ,sy mharapkan diri ini sentiasa kuat dan tabah mhadapi duniawi ..insyaallah september ni sy akan mengenal erti dunia sebenar apabila bganjak ke alam universiti ..hope dapat bdikari dgn usia yg baru ni :)

Ya ALLAH,  sempena HARI LAHIR INI,
Aku menadah tangan kepada MU,ampunkanlah dosa-dosaKU,
sesungguhnya aku tidak mampu menghadapi api neraka MU

sekiranya Engkau menetapkan umur ku panjang..
Berkatilah usia ku agar ak sentiasa berada dalam rahmat MU..

sekiranya rezeki yang diberikan kepada ku melebihi keperluan ku..
Engkau campakkanlah rasa kesyukuran di hati ku, agar aku tidak lupa kepada makhluk MU yang lain,

Ya ALLAH, hambaMU ini amat lemah dalam menempuh mehnah duniawi, lapangkanlah dada ku dan bantulah aku dalam mentaati MU,
Janganlah Engkau biarkan ak walaupun sekadar sekelip mata atau kurang daripada itu..

ya ALLAH, tetapkanlah hati ku pada agamamu dan sentiasa mentaati perintahmu.. didiklah hati ku dengan al-quran dan sunnah rasul MU..

Ya ALLAH, jadikanlah hambaMU ini di kalangan tentera-tentera MU, yang sentiasa berjuang menjulang agama MU..agar berada di kalangan mereka yang BERJAYA..

ya ALLAH..terimalah doaku ini...... AMIN

epy bday to meow :p

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Saturday, 21 April 2012

.::paNTai BuKiT keLuaNg::.


assalamualaikum ! ^_^

last week pegi pantai air tawar ,dis week plak pegi pantai bukit keluang !hehe ~~terasa meriah plak pegi kt pantai tu ,mmg ramai lah yg b'santai n b'riadah ms tu ..

agak lewat petang pegi nye ,n ary pom gelap nk hujan ..tp ,lawa pemandangan nye :)

thanks kpd yg mengajak :))
jangan lupa ajak lagi ! ^_^

subhanallah :)


senyum ^_^

berendam jap~

senja permai ;p





Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Tuesday, 17 April 2012

biRThday !!

assalamualaikum :)

hari ni hari jadi mak saya yg ke.....................58 tahun !!!!wahh..rahsia tbongkar ^_^
bukan saje mak sy but my kazen also ^_^
bukan saje my kazen tp mak kawan baik sy jugak (0_o)

wah ~~
meriah sungguh ary ni kann ..
moga mereka di beri keberkatan dlm hidup..
moga mereka sentiasa sehat dan dpt menjalani ibadah dgn jayanya ..
dan yg penting ,moga mereka bahagia selalu ^_^

utk mak ku ~
sy syang kamuuuuu ,huhu
mekaseh krn memanjakan sy smpai dah xpandai nak bdikari ni ,adoi
but heyyy ,dgn mak jek leh nk manja bagai ni ..huhu
peace !

gambar kek udah larr yep :)

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Wednesday, 4 April 2012

aNDa kiDaL a.k.a Left-HanDeD??

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan.

10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). Hubungan kidal dengan otak Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan.

Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, logik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.

tomey tulisan macik ni ~wee ^_^


Kelebihan Orang Kidal

Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
 (hmm,tp tulisan arab saya tetap comot ,sobss ^_^ )

Kreativiti:
 · Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
 (ye ep?tp bab muzik ngan emosi ni serahkan kpd saya !mmg pro larr sangat =.= )

Kamera :
 · Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
 (xda kamera2 gini ni, sobss ~nak derma ?call sy ep ^_^ )

Adaptability:
 · Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”

Peperangan :
 · Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

Kekurangan Orang Kidal

Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
 (bab tikus2 & peralatan dapur tu ,dun werry cuz tgn kanan saya dah tbiasa b'fungsi utk itu ^_^ )

Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.
 (yg ni memang menyeksakan !!sabar je larrr ~~sobs )


yaa ,im right okeyy ^_^



Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
 * Pengurusan
 * Kesihatan
 * Pendidikan
 * Kerjarumah/surirumah (peace !!lalala )
 * Pelajar

Tokoh-Tokoh Yang Kidal:
 v Aristotle (Ahli falsafah)
 v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
 v Isaac Newton (saintis)
 v Albert Einstein (saintis)
 v Henry Ford Jr., (automobil)
 Kirin Selama Perak (pelajar cemerlang)

saya left-handed !so ? ^_^


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Thursday, 1 March 2012

anDa sTResS ??Jom LayaNnNn ~~ ^^,

aSsaLaMuaLaikum ~

aku xtahu larr wabak ape yg menular dlm diri ku skrg ni ,,terasa sukeeee menulis dlm blog leni ..jangkit dgn my teman complicated gamaknye ^__^ mmg ak byk lg account ,tp blog ,ianya lain ~~anggap larr ni new version diary kuu ^__^ (amboi ,diary2 jugakkk ..tp bukan semua ak share kt cni k :p )

hmm ,ada sorang makhluk allah ni a.k.a kawan ak larr ,dye complain aku jiwang tambah plak dgn lagu yg sedih ni ..ahaha ,sedih ke macik??rilex larr kawan ..mood tengah ngade nak jiwang2 ni ,tp sebenarnye mat luthfi yg mbawa ak kpd lagu ni ,peace ! ^^,
credit for my kawan ,dayah krn pertemukan lgu ni ..kalau dye x promote lagu ni ,malas ak nak cari :p

"jika dgn mu kabur ku xmahu yg jelas
jika dgnmu hanyut biarlah aku lemas
walau dilanda ribut ku sanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu"

p/s :bak kte mat luthfi ,sebenarnye mmg ada perbezaan antara pengorbanan dan kebodohan ,seriously ..ahaha ~~



disebabkan skrg ni ak sedang bkerja at goyang kaki corporation ,so ak keje kemas kini gambar2 lam album ak and tulis2 sikitt caption ..tp !terase xnakkkkkk bukakk ,teringat kisah silam yg hanya tinggal kenangan (seriously ? ) ~~hello ,,ak bukan jenis yg mudah lupa ,setiap perkara main semula lam kepala ni ..macam filem plop ,ahaks (redha je larr) anggap semua tu pelajaran baru ,btol tak??

ni bukti i belek album ye ,tp ni bukan part kisah silam ak yg menyedihkan (so ,gambar ni xda kaitan ye ;p )


so ,ary ni aku rasa nak share dgn korang tentang tip2 mengawal emosi (ada kaitan kah dgn cerita aku ni?seriously ?haha apa yg penting ,sharing is caring (sengal aku dgn ayat ni ,welkkk :p )

Tip-Tip Mengawal Emosi :

1. Berfikiran Positif
~ Berfikiran positif dapat membantu melihat kebaikan yang tersirat di sebalik tekanan itu.

2. Tenangkan Fikiran
~ Bertenang membantu kita berfikir secara rasional dan tidak bertindak melulu.
~ Fikiran yang rasional dapat menghasilkan tindakan yang betul dan berkesan seterusnya mengurangkan tekanan

3. Sentiasa Senyum
~ Senyum dapat menenangkan perasaan yang berkecamuk.
~ Senyuman dapat menunjukkan ketabahan dan kebijaksanaan mengawal perasaan

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

4. Memotivasikan Diri
~ Kadang-kadang disebabkan terlampau kecewa kita berasa diri kita tidak bersemangat dan ingin menyendiri.
~ Oleh itu, kembalikan semangat diri dengan memotivasikan diri.

Katakanlah (Muhammad) :"Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami.Dialah pelindung kami dan hanyalah kepada Allah orang yang beriman harus bertawakal"~at-Taubah(51:129)

5. Sentiasa Memaafkan Orang Lain
~ Tekanan berterusan apabila kita menyimpan perasaan tidak puas hati dengan orang lain.
~ Maafkan kesalahan individu terbabit serta jangan menyimpan dendam dan masalah tersebut akan selesai.

".. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nur:22)

6. Elak Bersuara dengan Nada yang Tinggi
~ Apabila kita meninggikan suara semasa tertekan, emosi kita sukar dikawal.
~ Tiada guna meninggikan suara kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah malah sebaliknya membuat keadaan menjadi semakin teruk.

7. Rehat yang Cukup
~ Rehat yang cukup dapat membina semula semangat dan kekuatan bagi berhadapan dengan masalah

8. Berdoa
~ Ketenangan yang diperolehi semasa berdoa dapat membantu mengawal keadaan dan menenangkan diri.

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)



innaallaha maana^^,



quote of the day :
Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa...
Dari Imam Syafie, saya anggap diam itu sebagai perniagaan meskipun tidak ada untungnya tapi saya tidak rugi namun saya tetap yakin diam itu ibarat barangniaga yang membawa keuntungan bagi pemiliknya...


p/s :kata2 ni mbuatkan aku tkesima seketika selepas mbaca nye ......ak xtahu nak label ak sbg gol org bodoh/org gila tu ataupun gol peniaga tu ..boleh jd ak dlm gol ptama or boleh jd ak sedang cuba mjadi gol kedua tu..insyaallah ak cuba jd peniaga tu dgn ikhlas ..Allah itu Maha Mengetahui :)
dan satu lagi ,walau apa org buat kat kita ,walau pedih ucapan nya thadap kita ,walau besar fitnah yg btimpa2 ke atas diri ..ingat lah sahabat ,forgive everyone for the sake of ukhuwah ,senyumlah kpd sinar yg bakal menanti kita ..ikhlas kan lah hati hamba Mu yg kerdil ini Ya Allah ..amin :)


maaf dari hati yg ikhlas^^,


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Wednesday, 29 February 2012

Be a FoRm 6 sTuDenT ??

aSsaLamuaLaikuM ~

terasa gatal tangan nk mengUPDATE lg blog ni after tengok my friend blog ,dye cite sal skolah ! (mbuat hati ku jeles dan rindu ttg alam psekolahan ni ;p )sedikit pengakuan nk buat ni =_=

form 6 ni mmg bg makna sangat2 kt sy ,kenapa??sebab nye ,di situ lah ak belajar erti persahabatan ~erti islam yg sebenar (bukan mksud ak ni ak xtaw menda bab agama !haha ) tp alhamdulillah ,ilmu agama bjaya didalami lg ..drp byk menda yg ak xtahu ,lepas msuk form 6 makin btambah2 ilmu agama yg ak dapat dri sahabat2 dan cikgu2 ..

mula2 nak masuk form 6 tu ,sungguh ak depressed buat seketika ..kalau ak ad peluang rasa nk lari je dari situ..perkara ni blanjutan sampai bulan 3 ak upper 6 ..jiwa ak mberontak sebab ak betul2 xsuka dgn situasi ak ..ak jeles dgn sahabat2 lama aku yg semua nye da masuk U ..asyik busy dgn U mereka tnpa sedar meninggalkan aku tkapai2 keseorangan (tu yg aku fikir larr ,jiwa mberontak kan ms tu :p )

baWak diri larr konon ms ni ,huhu


 aku fikir ,kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan??tp sedar kah aku?

''boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..''
AL-BAQARAH:ayat 216

lepas bulan 3 tu ,ad seorang sahabat ak (tanpa dye sedar lah kan ) telah mbuka mata aku utk ak lawan dye sungguh2 ,belajar sungguh2 ,so ak decide supaya gembira kan diri ,knpa ak xleh gmbira mcm dye??so ,ak buat2 gembira walaupun aty tengah sengsara (sengsara larr sangat :p ) ..ms tu larr ak buka fikiran ak luas2 utk time kenyataan !dan cuba utk blajar bsungguh2 ..blajar utk redha dgn keadaan ak ,hya dgn redha dan ikhlas je dpt selamatkan aku ~ak bangkit !fight !fight !

sahabat aku yg menyedarkan ak tu ad dlm salah sorg ni^^,


''...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir..''
SURAH YUSUF:87

tambah2 lg ms tu terpaksa stay kat hostel (oh please ,hostel??) dok kat rumah pun xlepas, ni dok kat hostel,semua kena buat sendiri dan tpaksa lepas kan segala kebebasan ..tp ,after setahun setengah dok kat hostel ,sy dapat kenangan plg bmakna larr ..dpt jumpa dgn adiq2 yg baik (yelah ,aku yg plg tua kt situ :p )
kenangan dok kat dorm L mmg xleh lupe ,kak min kak nisah ebah suha jann shaiy syahton mila ain nazirah erin ainur eizzah ,xlupa jugak yg sempat merase sketika jd ahli dorm L iaitu silmi phia intan ,dan juga ahli baru ms nk exam sharifah kak nisa kak sue kak hanan (ye, sesi pomot nama sedang bjalan ..haha )

Bebudak ni larr yg menguatkan aku (make me smile^^, )


 saudaraku yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur...
Tangisan ini tiada air mata, tangisan ini trcipta dikala duka. Jeritan ini tak brsuara, jeritan ini hanya terasa dlm dada. Gelisah ini bukan skedar resah, gelisah ini sll brgejolak bagaikn amarah. Ya illahi.. inikah sepucuk surat cinta-Mu yg menorehkn sbuah luka dlm krinduan. Smua rasa dlm dada ku tak brakhir dlm canda, tak menghilang dlm tawa, bl Engkau mengetahuinya biarkan rindu ini trsenyum akn k'indahan-Mu. ..

InnaAllaha Maana^^,


untukmu untukku.....buat hati yang sedang bersedih..SENYUMLAH!!
kerana dgn sekuntum SENYUMAN akan mbuat diri kita melupakan masalah ..jgn cepat mengalah !percayalah bahawa :

''ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..""
AL-BAQARAH:ayat 286

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya...

insyaallah ,moga apa yg kita lakukan akan selalu diberkati oleh Nya ..

ni larr sahabat2 sperjuangan aku^^,mana se ea aku?? (6 atas usuluddin)

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Tuesday, 28 February 2012

keNapa akU Di uji seBegini ruPa ??

kenapa aku diuji??

''apakah mereka itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan..''kami telah beriman'' sedangkan meraka tidak diuji.. dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka.. maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yang dusta''

AL-ANKABUT:ayat 2-3

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan??

''boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..''

AL-BAQARAH:ayat 216



kenapa ujian seberat ini??

''ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..""

AL-BAQARAH:ayat 286



rasa frust??

''jangan kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati..padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman..''

AL-IMRAN:139


bagaimana harus aku menghadapinya???

''wahai orang2 yang beriman!!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh dimedan perjuangan..dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)..''

AL-IMRAN:200


apa yang aku dapat daripada semua ini??

''sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...''

AT-TAUBAH:111

kepada siapa aku berharap??

''cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNYA..hanya kepadaNYA aku bertawakal..''

AT-TAUBAH:129

aku tak tahan!!

''...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir..''

SURAH YUSUF:87

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..


Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”


p/s :nk upload lg gambar2 spya korg sume xda larr bosan baca tulisan je kan ,tp nape larr uploader ni jeles sma ku ,xnk kasi sy download ,so maaf lah ye kalau bosan ;p
tp ,ambil larr input2 yg bguna ni :)
Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

apA iTu keMuRungaN?

AssaLamuaLaikum~
sy Nak sHaRe kaT sini ttg KEMURUNGAN ..
amboi ,teRasa exCited plak nk ciTe sal kemurungan ni ,sy peNah aLami ke?lalala ~~

nTah larr ,tp seDikit seBanyak ,kte boleh share samA2 ye ^__^
seLamaT mbaCa ~~

Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes. Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus.

Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit keempat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia. Gangguan ini juga menjadi punca kematian paling umum akibat membunuh diri. WHO menganggarkan kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik adalah lebih tinggi daripada penyakit tibi. Wanita adalah lebih cenderung menghidap kemurungan berbanding lelaki dengan kadar nisbah 1:2.

Beberapa laporan berasingan mendedahkan kira-kira sembilan peratus daripada rakyat Malaysia adalah pesakit yang mengalami kemurungan tahap serius. Selari dengan perangkaan global, kemurungan juga merupakan penyakit keempat serius di Malaysia. Tetapi jika mengikut pecahan jantina, ia berada di tangga ketiga bagi wanita dan ke-10 bagi lelaki. Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang.

Simptom-simptom itu termasuk:
  • Emosi negatifAnhedonia (perkataan Greek bermakna tiada kenikmatan; tidak dapat merasa nikmat daripada aktiviti harian yang digemari)
  • Perasaan tidak endah
  • Hilang minat dan rasa seronok
  • Hilang minat terhadap hubungan seks
  • Perasaan sedih
  • Rasa letih
  • Hilang berat badan dan selera makan secara mendadak
  • Mengalami gangguan tidur
  • Mudah sensitif
  • Resah
  • Keliru
  • Kadar konsentrasi yang lemah
  • Kesunyian
  • Perasaan negatif:
  • Hilang harapan, rasa tidak berguna, rasa bersalah, ingin membunuh diri
  • Masalah-masalah fizikal termasuk: sakit belakang, sakit kepala, pening, kesakitan kronik dan masalah perut.


Diagnosis
Untuk mendiagnosis kemurungan, masalah perubatan lain yang mungkin mengakibatkan simptom-simptom yang sedang dialami pesakit perlu disingkirkan terlebih dahulu. Tiada satu punca tertentu yang mengakibatkan kemurungan. Masalah ini biasanya berpunca daripada gabungan beberapa faktor.

Berikut adalah antara kemungkinan yang boleh menyebabkan rasa murung:

Faktor-faktor psikologi: Tekanan daripada sesuatu situasi atau persekitaran dan kejadian (trauma) tertentu.
Faktor genetik, rasa rendah diri, penyakit fizikal yang kronik atau serius.

Pada akhir tahun 2010, kira-kira tiga juta rakyat Malaysia dikatakan terdedah kepada kecelaruan mental dan kebanyakannya berpunca daripada kemurungan (depression).

Penyakit itu kebanyakannya berpunca daripada faktor biokimia dalam otak termasuk akibat peristiwa hitam dalam hidup, hilang orang tersayang, cabaran hidup terlalu sukar dan tahap sosioekonomi rendah.Apa itu kecelaruan kemurungan atau depressive disorder?Tak semestinya berasa sedih itu adalah 'murung'. Sedih adalah suatu perasaan biasa.

Tetapi jika ia berlanjutan sehingga tingkah laku berubah ketara, cepat marah, resah, mempunyai idea pelik, memikir dan bercakap soal bunuh diri, penyalahgunaan dadah serta alkohol dan tidak upaya melakukan aktiviti harian; maka itu berkaitan dengan kemurungan.

Ini antara tanda-tanda biasa kemurungan:

Rasa tak berdaya dan putus asa.
Rasa seperti tidak ada yang boleh dilakukan untuk memperbaiki situasi.
Hilang minat dalam kegiatan seharian.
Tidak tertarik pada hobi, hiburan, kegiatan sosial, atau seks.
Tak mampu rasa gembira dan senang hati dengan kegiatan itu.
Perubahan pada selera makan atau berat badan.
Gangguan tidur. Mungkin insomnia, iaitu tak boleh tidur ataupun terlebih tidur, iaitu hipersomnia.
Mudah marah atau gelisah.
Tahap toleransi jadi rendah, hampir semua orang akan terkena tempias kepada sifat itu.
Hilang tenaga. Rasa letih dan lesu. Badan terasa tidak cergas sehingga memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja.
Membenci diri. Rasa tidak berharga dan bersalah.
Mudah mengkritik diri sendiri.
Mengalami masalah konsentrasi. Masalah fokus, membuat keputusan, atau daya ingatan.
Sakit pada anggota fizikal tanpa diduga. Sering sakit kepala, punggung, otot, dan perut.

Apa nak buat kalau mengalami simptom itu?

Dapatkan sokongan orang lain seperti keluarga dan kawan-kawan yang boleh dipercayai.
Jangan bersendirian.
Sememangnya mengubah gaya hidup tidak semudah yang kita fikirkan. Tetapi jika berjaya, ia memberi kesan yang baik kepada kita.

Cuba lakukan perkara berikut:

Dekatkan diri kepada Allah.
Bina hubungan yang memberi sokongan moral.
Libatkan diri dengan sukan.
Ambil makanan yang menyihatkan.
Urus stress dan relaks.
Lawan idea negatif dalam diri.

Jika kita dapati kawan-kawan kita mengalami masalah ini. Berikan sokongan. Atas dasar kemanusiaan, mereka perlukan seseorang.


sekian^^,

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE