''apakah mereka itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan..''kami telah beriman'' sedangkan meraka tidak diuji.. dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka.. maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang2 yang dusta''
AL-ANKABUT:ayat 2-3
''boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu..dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu..ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..''
AL-BAQARAH:ayat 216
''ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..""
AL-BAQARAH:ayat 286
''jangan kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati..padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman..''
AL-IMRAN:139
''wahai orang2 yang beriman!!bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh dimedan perjuangan..dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan didaerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada ALLAH supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)..''
AL-IMRAN:200
''sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...''
AT-TAUBAH:111
''cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNYA..hanya kepadaNYA aku bertawakal..''
AT-TAUBAH:129
''...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH..sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir..''
SURAH YUSUF:87
Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..
Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!
mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..
Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,
Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..
Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”
0 penGomen coMeL~:
Post a Comment