WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Monday 10 December 2012

| bersahabat krn mahukan redha Allah |

assalamualaikum :)
hari ni sy dapat kata2 daripada sahabat sy ..yeah ,agak tersentap :')
tp bersyukur krn ada yg sudi mengingati kita ,masih ada orang yg berdekatan yg ingin berkongsi dgn kita ..
Kita bersahabat dengan orang adalah untuk mendapat redha Allah SWT. Kebaikan kita terhadap sahabat kita adalah tanggungjawab kita dengan Allah SWT. Kita mencari keredhaan Allah dalam melakukan kebaikan terhadap sahabat kita. Bukannya keredhaan sahabat kita.

Justeru apabila sahabat tidak membalas kebaikan kita, itu bukan masalah kita sebenarnya. Itu adalah masalah antara dia dengan Allah SWT seben
arnya...kadang-kadang kita sedih sgt kenapa sahabat kita tidak pernah atau jarang sekali membalas kebaikan yang kita bagi kat dia dn dia xpernah memahami perasaan atau masalah kita..

tetapi selepas mendengar kata-kata ini..sedarlah bhwa hati ini sangat kuat mengatakan kita ada Allah..hanya pd ALLAH kita mengadu dan berserah..bknnya pada manusia, jd janganlah kita sedih jika ada sahabat yg melukakan hati kita..mgkn kita akan sedih tetapi yang paling penting kita nak dapat keredhaan Allah..bkn pandangan manusia..tanamkan dalam hati Allah itu sentiasa bersama dengan kita bersama dgn orang2 yang teraniaya..malah Allah menerima doa hamba-hambaNYA yg xpernah putus memohon keampunan dariNYA di atas kesilapan yg lalu..jd sama2 kita berdoa y terbaik bt diri n sahabat..jika ada salah sama2 kita perbetulkan bukan meningggalkan..wallahu'alam..
hmm ..got it ?moga hati ini sentiasa kuat dan ingat bahawasanya Allah sentiasa ada utk kita :)
 
 

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE