WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Tuesday, 29 May 2012

.::saya TeRimaLah aKan niKaHnya::.


alamak ,cam saspen jek tajuk entry ni kan ..actually ,ini akad telah dilafazkan oleh my new abg ipar ..wahh ~~alhamdulillah ,kakak ku telah b'gelar isteri orang sudaa pd 27 mei 2012  ..setelah sekian lama blog ku bhabuk disebabkan busy dgn persiapan wedding ,,( fuhh fuhh ~~kasi tiup sikitt )..so kali ni ,daku upload sedikit gambar ms wedding tu ye :)

gumbira je dye ,wpom lam hati tngah nervous ;p
femes my meow ^_^
family pihak perempuan ~
family pihak lelaki
epic pixca ! ^_^
wali mintak izin :D
bahagia jek muka ;p
eyy ,my sahabat selamanye pom ad !senyum lebar jek dye ^_^

jauh2 pom mari ,even ni hanya my kakak wedding ..thanks awak semua :)
eyy ,momo pom mau bgmbar larr ! ^_^

wonder pink dtg mbantu ! :)
krn baju golden sama n asyik melayan tetamu dibawah ,kami dikatakan pasangan pengantin !aiyaa ,,itu my brother larr ~_~'

haa ~this my family ..abg sulung n kakak ipar apit my mom ,my kakak n new abg ipar sbelah mereka ..n di bwah itu sy  abg sy ye ! ^_^

i wonder ,bila tiba ms sy ? ^_^ insyaallah suatu masa nanti ~


penat sangat dan yg amat tp tetap gumbira sbb majlis lancar jek ..so ,bbaloi lah dpt panda eyes free2 ..huhu (0_o)


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Wednesday, 23 May 2012

wedding coming soon ! ^_^


minggu yg sangat sibukkkk ..
sampai b'habukk blog ini ku tinggalkan ..
utk pengetahuan korang ,my sister wedding dah xlama lagi !
ahad ini sudaaa ~

so ,sekarang ni tolong2 dia perkemaskan lagi ..
yelah ,sape lagi nak tolong kalau bukan family kan ?
family kami kecil ja ..

by the way ,saya xsabar tunggu hari b'sejarah itu !!
walaupun tu perkahwinan dia ,tp terasa diri ini plak yg busy nak kahwin ^_^
wahhh ,,kakak ku !moga berkekalan lah perkahwinan anda & xsabar nak dapat anak sedara baru !huhu
(inilah masa ku mau b'jinak2 dgn kanak2 !anak bongsu lol sgt kesian xpandai main ngan bebudak ..sobss hehe )

p/s :insyaallah suatu masa nanti akan tiba giliran sy :D

ni cincin tunang dye :D

ni ms majlis pertunangan dye tahun lepas ^_^



Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Friday, 18 May 2012

Merindui Teman ke Jannah ~


 Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

 Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

 "Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)

 Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

 Saidina Umar mengatakan,
 "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

 Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.

 "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)

 Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.

 Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."

 Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) 

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

 Ya Allah..
 aku mncari teman ke syurga
 anugrahknlah pada hambamu yg lemah ini
 agar kmi dpt sling mmbimbing ke jlnMu....
 moga dri ini memperolehi teman ke syurga..ku rindu mereka...tp adakah mereka sebegitu...
 ku serah pdNYA...


 p/s :perbaharui persahabatan kita..
 semua perkara perlu dibina atas dasar keimanan kpd allah ..sy bteman dgn kamu hanya krn allah ..saling melengkapi dlm mjadi hamba allah yg baik ..bimbing sy taw..

 maka sahabat2 ku,
 sahabat sy atas keimanan ini..jangan kamu lepaskan sy..
 hingga akhirat ..aamiin ♥ kita b'sahabat hingga ke syurga :')

 #kpd yg b'kenaan..bg 3x pom xpe kan ♥ saya sayang sahabat sy ni ,pimpin lah daku dlm mcari cinta yg satu ..ukhuwah fillah :)#
 #my best syg :nik nur nadia nik mahmood & ros ain shirah rosdi#




Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Wednesday, 16 May 2012

.:: woRdLess weDNesday#1 ::.



ada gaya tak jadi guru ? ^_^


sekolah rendah ku yg  t'cinta :)

p/s : SELAMAT HARI GURU !

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Saturday, 12 May 2012

~HARUS TONTON~ :senaskhah cinta rasulullah:


hye readers sekalian ..sy hanya ingin bkongsi ttg rasa ini bsama kalian semua ..sebab video ni memang akan menyentuh hati kalian ..harap tengok ye ! mmg x rugi  :)





dari Anas r.a katanya :Rasulullah s.a.w b'sabda :
"tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku m'jadi seorang yg dikasihi olehnya lebih drp ibu bapanya, anak pinaknya & manusia seluruhnya"

Ya Rasulullah
pada laman kerinduan yg t'cipta
 telah kami semai benih mahabbah 
agar tumbuhnya pepohon cinta
suburnya mekar tidak berubah.....

sebentuk huruf...sebaris kata..
selembar madah...
'SENASKHAH CINTA'

pertama & selamanya
buatmu Ya Rasulullah ..

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Friday, 11 May 2012

Pesan ana unTuk dia ~ukhuwah fillah



PESAN ANA UNTUK DIA******


Tolong beritahu dia, ana ada pesan untuknya...

Tolong beritahu dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati dia, jangan mencintai ana lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati dia,jangan mengingat ana lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati dia, jangan mendoakan ana lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pd dia, dahulukan Allah karena di situ ada syurga..

Tolong katakan pd dia, dahulukan ibu bapanya karena di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan dia. Ana terpikat karena imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan dia. Ana lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan dia. Ana kasihinya karena santunnya..

Tolong tegur dia, bila dia mulai mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur dia, andai nafsu mengawal pikirannya..

Tolong sadarkan dia. Ana milik Yang Maha Esa..

Tolong sadarkan dia. Ana masih milik keluarga..

Tolong sadarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan dia, jangan ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan dia, andai diri ini enggan dirapati karena menjaga batasan cinta

Tolong sabarkan dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Ana tidak mau menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya. Ana tak mau menjadi puncak kegagalannya..

Tolong pesan padanya Ana membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong kabarkan dia. Ana tidak mau mengecewakan dia..

Tolong kabarkan dia. Ana mau dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong kabarkan dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong kabarkan dia. Ana mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan dia,cinta karena Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan dia karena aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesan Ana sampai padanya walau Ana sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga

dia seekor lebah yang senantiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan

dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
 
Simpanlah pesan Ana ini sehingga engkau bertemu Ana suatu hari nanti…



“Apabila kau ingin berteman,Janganlah karena kelebihan fisiknya, Karena mungkin dengan satu

kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah karena kebaikannya,Karena mungkin dengan satu

keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah karena ilmunya,Karena apabila dia buta ilmu,Kau

mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah karena sifat cerianya,Karena andai dia tidak pandai

menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Karena dia seorang sahabat,Yang hanya manusia

biasa…

Jangan diharapkan sempurna,Karena kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah karena Allah.



SALAM UKHUWAH FILLAH SAHABAT MUSLIM SEMUA

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Wednesday, 9 May 2012

.:: woRdLess weDNesday#3 ::.


juling ^_^

mataku matanye ^_^


mengada ^_^


sweet ^_^


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

.:: woRdLess weDNesday#2 ::.




then?


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

.:: woRdLess weDNesday#1 ::.



kan?


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Tuesday, 8 May 2012

~maNFaat sTRess uTk oRang b'iMan~







Allah b'firman : 'sesungguhnya manusia dijadikan b'tabiat resah gelisah. Apabila ditimpa kesusahan dia berasa keluh kesah. Dan apabila m'dapat kesenangan dia sangat bakhil' (Surah al-Ma'rij :19-21)

hmm ..just now i've read Solusi ,so ..terasa nak share dgn readers sekalian ..siapa yg x pernah stress kan ?even me ,nak merangkak2 sebab t'tekan dgn dugaan (ohh pelisss ;p ) ..but u know guys ,stress bukan utk dihapus, tetapi utk diurus ..

tanda kesempurnaan manusia ialah apabila dia tdk sempurna dan stress antara bukti manusia tdk sempurna ..by the way ,stress pom ada manfaat nya okeyy ..cabaran kita ialah bagaimana utk m'dapat manfaat drp stress dan menolak mudaratnya drp hati kita ?

Allah b'firman : 'sesungguhnya b'jayalah mereka yg membersihkan jiwanya. dan rugilah mereka yg mengotorinya' (Surah al-Shams 91 : 9-10)

antara manfaat stress ~

-stress akibat takut gagal, menyebabkan kita bangun berusaha dgn lebih gigih

-stress akibat hubungan kita yg tdk mesra dgn ibu bapa ,menyebabkan kita b'tindak meminta maaf ,b'terus-terang dan melakukan tindakan2 positf bagi membetulkan keadaan

-stress krn jahil akan m'dorong seseorang itu bangun menimba ilmu

-stress krn merasakan diri b'dosa akan m'dorong org yg masih ada sekelumit iman dlm hati b'istighfar, b'taubat dgn sungguh2 dan b'azam tdk akan mengulangi dosa silam

-stress krn merasakan diri tiada pencapaian akan memotivasikan diri b'usaha meraih kejayaan dlm hidup

-stress krn melibatkan perbuatan mungkar b'leluasa akan menyebabkan jiwa m'berontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar

-stress krn didiagnosis ada risiko kesihatan akan menyebabkan si pesakit berusaha m'jaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha utk menyembuhkan


Dengan iman kita yakin ujian dan cabaran itu datang drp Allah. Iman menimbulkan rasa baik sangka, rasa pengharapan dan keyakinan kpd pembelaan Allah.

Sabar dan syukur itulah hiburan sejati kpd org yg b'iman. Iman akan m'hilangkan rasa bimbang ,takut ,sedih dan kecewa dgn hal2 dunia. Begitu juga dgn solat. Ia adalah suatu kerehatan di jiwa.

la tahzan :)





Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Monday, 7 May 2012

Quotes utk taBaH daRi kaTa2 oRang ~


pernah tak rasa geram or sakit hati kat insan yg bnama manusia ni ?apa yg kita buat ,mula lah mulut berbunyi2 kata tu kata ni ~

aaaa ~kalau sy geram ,sy hanya layan quotes jek ..jom layan ~


manusia semua sama sahaja..tiada beza pada Allah kerana semua manusia tetap lemah dan hina akan tetapi hanya amalan dan ketaqwaan yg membezakan mereka bagi Allah..


bile buat kebaikan,orang perlekehkan..
 bile buat kjahatan,orang kata belakang...
~manusia2...sllu xpuas hati...biarla org nk ckp ap...yg pnting,jaga niat...
"Berbuat baiklah sesama manusia serta berbuat baik kepada Sang Pencipta"... 
keredhaan yang dicari,bukan kemasyuran yang ternanti-nanti..


Kadang-kadang, lebih baik membiarkan kesedihan bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita pada-NYA daripada kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dari-NYA.
 Mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang mendekatkan kita pada Allah dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada saat kita susah dan senang.


Jangan pinta hidup yang mudah, tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya :)


"Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan"


walau kita xsama ,kita kan kawan ? ^_^


"Teguran beradab amat kusanjungi, teguran beremosi tetap kusantuni dan hargai, teguran biadab pula sangat kubenci, namun tetap kutimbangi.."
 :: Ustaz Fadlan Mohd Othman ::


PUJUKLAH HATI -
  " Aku tak mahu marah, tak mahu berdendam , tak mahu membenci ..mereka yang telah MEMBUNUH JIWAKU SEPARUH MATI . Cukuplah aku tahu , ALLAH sayangkan diriku , aku tidak seperti mereka , cukuplah aku tahu sekurang-kurangnya aku lebih baik dari mereka , cukuplah aku tahu aku tidak membuang masa, cukuplah aku tahu aku telah memberi sepenuh daya , untuk membuat mereka gembira , cukuplah aku tahu aku masih senyum kerna aku di jalanNYA...ALLAHURABBI...." - la tahzan ya ummah 



Ketika kamu merasa orang-orang membencimu tanpa 'alasan' yang JELAS. Ingatlah, ALLAH mencintaimu 'tanpa' SYARAT...



biar orang hina diri kita tapi jangan kita hina diri sendiri, biar orang lukakan hati kita, jangan kita sesekali melukai diri sendiri, kita berhak atas diri kita sesungguhnya air mata itu adalah penyampai perasaan dan luahan jiwa..



"Umpatlah diriku.. nescaya semakin beratlah bahu bahu kirimu dan bahu kananku".. maksudnya : umpatan dan kejian seseorang akan memberikan dosa kepada sang pengumpat dan memberikan pahala kepada yang diumpat..



Luarannya aku tampak kuat, tabah, sentiasa tersenyum... Namun tiada siapa mendengar rintihan serta jeritan hatiku selain Kekasih Agungku...Pada saat aku benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan diriNya... Pada aku memerlukan dahan untuk berpaut Dia dengan rela hati dan penuh kasih-sayang menghulurkan tanganNya padaku...Pada saat aku menangis tak berdaya, Dia kirimkan aku kalam agungNya... Dia tenangkan aku dengan ayat2cintaNya yang aku kira, cukup LUARBIASA...


senyum sentiasa walau apa org nak cakap k ? ^_^


Ingat 2 perkara: Ingatlah kebaikan orang kepada kita dan ingatlah kesalahan kita kepada orang.
 Lupakan 2 perkara: Lupakan kebaikan kita kepada orang lain dan lupakan kejahatan orang kepada kita.


Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh ataupun orang gila adalah kebajikan pada jiwa...
 Dari Imam Syafie, saya anggap diam itu sebagai perniagaan meskipun tidak ada untungnya tapi saya tidak rugi namun saya tetap yakin diam itu ibarat barangniaga yang membawa keuntungan bagi pemiliknya...


Berhentilah bergaduh dan keluarkan caci maki yang mampu sakitkan hati orang lain.Orang yang terkena cacian itu mungkin tak berkata apa-apa,hanya tersenyum dan mengiyakannya tapi itu bukan bermakna ia bodoh,tetapi baginya memendam itu lebih baik dari mencaci balik.


tkadang kita harus Diam, menerima kita berbuat Salah ,bukan kerana Menyerah tetapi kerana kita telah Dewasa :)

sentiasalah husnu dzon wahai hati :')


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

Sunday, 6 May 2012

~HuKuM meNipu ~


haa ,meh kita tengok apa hukum bila kita menipu ~

Dalam sebuah hadis,

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.”

Orang yang suka menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima siksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah saw,

Maksudnya : Aku mewasiaatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, benar tutur kata, menunaikan amanah, menepati janji menyedekahkan makanan dan merendah diri.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Mahukah kamu aku tunjukkan perihal dosa-dosa besar? Kami menjawab: Ya, tentu mahu ya Rasulullah. Rasulullah menjelaskan: Menyengutukan Allah, durhaka kepada kedua orang tua. Oh ya, (ada lagi) Iaitu perkataan dusta." (Riwayat Muttafaq Alaih)

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis maksudnya:

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga macam, apabila berkata suka berdusta, apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khianat". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kalau orang Alim menipu ?


Jika seseorang alim itu menipu maka padahnya adalah sangat besar. Sebabnya,

“Kalau orang Alim buat perkara yang harus orang awam akan buat perkara yang makruh, kalau orang Alim buat perkara yang makruh, orang awam akan buat perkara yang haram, kalau orang Alim buat perkara haram, orang awam akan terjerumus ke lembah kekufuran !

Justeru hukum belajar dengan orang yang suka menipu ini ialah haram kerana mereka tergolong dalam golongan yang melakukan kezaliman. Sedangkan Allah SWT melarang kita bersekongkol dengan orang yang melakukan kezaliman.

Firman Allah SWT,

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tidak mempunyai seorang penolong pun selain Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan" - Hud:113

 Doa orang yang dizalimi sangat makbul di sisi Allah SWT,

Maksudnya : “Hindarilah doa orang yang kena zalim, maka sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dan di antara Allah SWT sebarang benda yang mendinding ” (HR Tirmidzi)

Kisah Bal'am bin Barro' yang diumpan dengan kemewahan dunia

Ambil pengajaran dari kisah Bal’am bin Barro’. Beliau seorang "ulama" besar kaum Bani Isra’il yang hidup di zaman Nabi Musa a.s.

Sebagai ulama besar, beliau memiliki ilmu yang sangat luas di samping mempunyai pengikut dan anak murid yang sangat ramai. Kesolehannya membuatkan seluruh do’anya didengar dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Disebabkan beliau sangat ‘populer’, beliau telah diminta oleh Nabi Musa a.s untuk mengadap Raja Madyan dan berdakwah kepadanya. Namun apabila bertemu dengan Raja Madyan, Bal’am telah dipujuk supaya bersama pihak raja untuk menentang Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Sebagai imbuhan Raja akan mengurniakan harta yang banyak dan kedudukan yang tinggi kepadanya.

Tawaran daripada raja ini membuatkan hati Bal’am terpesona. Lalu dituruti permintaan Raja supaya mendoakan kehancuran kepada Nabi Musa a.s dan pengikut-pengikutnya. Balasannya Allah SWT merentap lidah Bal’am bin Barro’ dan matilah dia dalam keadaan lidahnya terjelir seperti lidah anjing. Kisah Bal’am ini ada dinyatakan dalam surah al-A’raf ayat 174-176.

Justeru apabila kita melihat seorang penuntut ilmu belajar daripada seseorang yang fasik yang suka menipu maka wajiblah kita menasihatinya dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

bila rasa nak tipu orang ,zip cepat mulut tu !

diam tu lebih baik drp byk b'kata2 ~
makin byk b'kata2 ,makin b'tambah nak nipu nye ~


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

.::bila rindu m'jelma ,camni ke rasa nya ? ~_~ ::.


hye readers sume :)
hmm ...terasa nak mengadu plak kat sini ...

sy rindukan someone T_T
sangatlah rindu sampai kebelakangan ni hari2 mimpikan dye ....ada ubat tak ??huhu ~
percaya tak kalau sy cakap kawan baik sy je pom ??aaa ~~u must believe okeyy ......nak contact dye ,tp rasa nya dye busy kot.........

aaa ~muka cam xdop harapan jek ..hehe


u know what ...sekarang ,sy ni agak lah payah nak m'benarkan someone hadir dlm hidup sy ..kenapa ?sebab ,sy takut bila sy dah bagi dye hadir dlm hidup sy ,dye tinggal kan sy (penting diri ke camni ? ) 

sy tahu dye sedang m'cuba ~
tp sy seakan-akan x benarkan..
xnak bg dye harapan .....takut sy musnahkan nye ..
the point is ~
sy pom masih xpasti dgn ketahanan sy terima spesial person in my life ......

muka bila mikir banyak ~ohh itu eyebag ye !jgn amek kesah sgt ~lala


tp satu ,sy suka dgn kata2 dye ..byk yg dye nasihat sy ..
and u know what ?
cara dye buat sy teringatkan someone ~

OGOS

 suka berlawak
 mudah tertawan kepadanya
 sopan santun, caring terhada orang lain
 berani dan tidak tahu takut
 agak tegas dan bersifat berkepimpinan
 pandai memujuk
 terlalu pemurah dan bersikap ego
 nilai harga diri sangat tinggi
 dahagakan pujian
 semanagt juang yang luar biasa
 cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
 sangat cemburu
 daya permehatian tajam dan teliti
 cepat berfikir dan berdikari
 suka meminpin juga dipimpin
 suka barangan-angan
 berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
 sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
 mudah mendapat penyakit
 sentiasa belajar untuk relax
 kelam kabut
 romantik, pengasih dan penyayang
 suka mencari kawan

okeyy ,bagi anda biasa jek ..tp bg sy ,dye telah mengingatkan sy kt kawan baik sy !!!waaaaa ~~b'tambah2 rindu ku pd nye  ..macam ni ke kalau someone nk jadi kwn baik sy ?harus dgn cara ni kah ? (aaaa ~~meroyan jap ) ..mesti korang kata ,pegi je lah jumpa kawan baik tu ,habis cerita (aaa ~andai ku bisa buat begitu ,bukan setakat jumpa ,hari2 terasa nak lepak dgn dye ,huhu ..tp apakan daya ,xboleh  )

cik po !sy tunggu anda jemput saya ^_^
p/s : sy sedang mabuk mengantuk ni ~lala


p/s : selalu pegang dgn ni

ya Allah,betapa aku merindui hambaMU itu..ya Allah,jangan biarkan kerinduan ku padanya mengatasi kerinduanku padaMu ya Allah..ak sendiri telah yakin padaMu jadi ak redha dan anggap semua ini ketentuanMu..mungkin ad keburukan disebaliknya yg tidak ak ketahui oleh itu Kau menjarakkan ak dengannya..hanya ak mampu buat adalah pasrah atas yg telah terjadi..ya Allah satu pintaku..peliharalah dirinya agar tidak tjadi sesuatu sesuatu yg buruk padanya..ampuni kami krn melakukan khilaf dgn mensiakan ukhuwah ini ya Allah..bukanku pinta utk jadi begini..peliharalah jiwa2 kami agar tdk mensiakan hubungan kami dgnMu ya Allah..ampuni dosa kami ya Allah..sucikan hati kami ya Allah agar tidak tersemai dendam yg akan mbawa musibah..insyaallah..amin ya robbal alamin

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE