WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Wednesday 27 June 2012

Hadith-hadith Mengenai Kucing ~

Assalamualaikum ..anda peminat kucing ??Jom baca ni ! :)



Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan...
bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya
lalu ia menuangkan air untuk wudhuk.
Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum.
Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis.
Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan
bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.
Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum
lalu Rasulullah berwudhuk.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut,
beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga,
ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya
yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur.
Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat.
Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur.
Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut.
Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing,
Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis.
Ia binatang yang berkeliling”.
Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing,
(HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam
Jangan lupa like -----> Page sy Pencinta Kucing ye ! thanks :)

Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

10 penGomen coMeL~:

Ana Fatihah said...

suke entry ni..Kucing comel lagi bersih.hehe :)

iema said...

wow...
iema suke kucing ^^

Unknown said...

terhibur lihat telatah kucing...
nabi pn ske kucing..menyayangi haiwan...
FOLLOWER KE 172

sHiMi sHinHae~ said...

kucen bersih dan sgt comel kan !aaa ~~
thanks yumida ..i will follow u :)

•NADiERA SUNDARA• said...

:) salam si cantik mnis.. :)
diera 1st time kat sni kalau xsalh..
:) tp suke blog awk...suke bunge yg berguguran tu :)
diera suke kucen ugak..
tp suke tgk jee..
pgg sumpah xberani :)

sHiMi sHinHae~ said...

@diera_nadiera ulalaaa~ wsalam dear ,thanks ye ..cik shimi baru je melawat blog kamu ..menarik ! :)
btw ,try larr pegang encik meow ni :D

dhiashahida said...

orang yg suka kucing ni kebanyakannya penyayang.tul x..;D

roziahojijie said...

Saye pencinta kucing juga . Sbb kucing ni binatang yg sangat manje .. Sy ade sekor , yg sgt cute . hoho .. :D
Btw , sy follow sini ye :)

sHiMi sHinHae~ said...

@dhiashahida aa ~rasanya ,btol larr tu ..ahaks ;)

sHiMi sHinHae~ said...

@roziahojijie hihi ,mmg pom ..kiut yg amat ..dia redha jek kita buli2 dye (geram sbb comel ;p )btw ,follow kamu jugak ..thanks taw ! :)

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE