WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Saturday 16 June 2012

Maaf itu benar-benar indah :)

Kemaafan itu indah sahabat. Benar-benar indah.

Jangan berdendam Sayang,
Kerana dendam itu akan membuat hatimu lebih terluka,
Jangan berdendam sayang,
Kerana dendam itu hanya akan membuat hatimu gundah.
Jangan berdendam sayang,
Hidup ini terlalu singkat untuk dikau merasa begitu..

Berilah kemaafan, dengan itu hatimu akan tenang,sesungguhnya berbuat kebaikan itu adalah sedekah.

Anggaplah kamu sedang memberi sedekah kepada orang yang berbuat jahat itu.
Kejahatan jangan dibalas dengan kejahatan...
Jika tidak, apa bezanya kamu dan mereka?

Kita kan...ada ALLAH! :)

Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan
kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu
semuanya)(Ar-Ra'd : 30)




doa utk lupakan kenangan lalu, (semua tu gangguan dr syaitan)

Laa ilaaha illa-lloohu wahdahu laa syariika lah,lahul-mulku wa lahul-hamdu wa huwa 'alaa kulli syay-in qodiir.
'Tiada Ilah(yang berhak diibadahi)selain Allah semata tiada sekutu bagi-Nya,kepunyaan-Nya segala kekuasaan dan baginya segala puji,dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

lepas solat baca,waktu senang ke baca..
Manusia ni tidak boleh lupa gitu je.. sekadar mengarah arah hati tu boleh lah..


Rasulullah S.A.W. berpesan"Cintailah orang yg kamu cintai sewajarnya saja,kerana ia boleh menjadi orang yg kamu benci pada suatu hari nanti.Bencilah orang yg kamu benci sewajarnya saja,kerana ia boleh menjadi orang yg kamu cintai pada suatu hari nanti".riwayat al-Tirmizi no 1997.

janganlah kamu menilai diriku dari perbuatan,percakapan atau perlakuan..terkadang bukan itu kehendakku..jangan bertanya kenapa aku melakukan sebegitu kerana aku tak akan mampu untuk memberikan jawapan kepada persoalanmu itu..apa yg mampu aku lakukan hanya berdoa supaya Allah membukakan mata hatimu untuk memahami mengapa terjadinya begini..semoga sahaja dirimu tidak tersalah sangka akan perbuatanku..
mungkin aku pernah berbuat dosa padamu wahai sahabat..mungkin aku pernah menyinggung hatimu..kamu pernah berbudi tapi aku tak mampu membalas budimu..aku tak mampu menjadi seperti yg kamu inginkan..tak mampu menjadi sahabat yg baik..lalu kamu berlalu pergi kerana kekuranganku tapi aku tak pernah membencimu..pergilah andai itu dapat membahagiakanmu dan carilah sahabat lain yg mampu membuatmu gembira..doaku hanya satu..semoga kamu dalam rahmat dan lindungan Allah sentiasa..insyaAllah..Namamu tetap dalam doaku (0_o)

so ,lupakan ms lalu ..bukak lembaran baru & dun forget to smile !semua pasti ada hikmah larr ..senyum sokmo (^_^)v


p/s : Ada masanya kita perlu DUDUK SENDIRIAN.
 BERSEORANGAN sambil merenung langit. MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan. Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni. Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA. Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH :)


Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

2 penGomen coMeL~:

Si Matatajam said...

Entry yg sangat bagus dik... Tq for sharing... Salam ukhwah dari kak M ..

sHiMi sHinHae~ said...

terima kasih :)

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE