WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Friday, 20 April 2012

.::aDa aiB yg haRus di buKa d kHaLayaK raMai::.


assalamualaikum ~

hari tu ada sahabat sy iaitu tekan sini ^_^  buat sal entry ttg aib dan keaiban tu ..n sy janji ngan dye akan wat entry sal ni (konon nye nak tambah2 larr ,hehe )..so ,ni lah dye ~

ttg ~ada aib yg harus di buka di khalayak ramai ..

Apa yang UMUM TAHU dan sedia maklum, Islam menegah umatnya meng'aib'kan umatnya yang lain (yakni mengaibkan orang Islam yang lainnya). TETAPI dalam kaedah manakah pula kita WAJAR membuka AIB seseorang Muslim itu sebagai teladan?

Antara perkara yang WAJAR dan HARUS untuk kita buka AIB seorang Muslim yang lain adalah apabila mereka itu tidak segan silu melakukan perkara yang dilaknati Allah atau perkara yang dimurkai Allah dan Rasul-Nya berupa maksiat dan sebagainya. Contoh perkara yang termasuk dalam keharusan untuk kita membuka aib seseorang saudara Islam kita itu adalah apabila kita mengetahui:-

-Jiran atau sahabat kita berzina
-Sahabat yang Rasuah
-Si Pembohong yang merbahaya
-Si Luncai yang sedang terjun dengan labu-labunya
-Jiran atau sahabat Islam kita yang tidak bersolat
-Jiran atau sahabat kita tidak berpuasa di bulan Ramadan
-Jiran dan sahabat kita yang membuka aurat dan berbangga pula dengannya dikhalayak ramai (di TV, akhbar dan sebagainya)
-Pendakwah yang memalukan Alim Ulama yang lainnya dengan perangainya yang menjolok mata serta ditunjukkan kepada khalayak ramai samada melalui TV atau akhbar
-Pendakwah, Alim Ulama atau Ustaz yang tidak ke Masjid atau tidak bersolat berjemaah dengan sengaja setiap hari dan banyak lagi perkara yang seumpama dengannya.

Yang  mana merupakan maksiat terhadap Allah yang dilakukan umat Islam, ia WAJAR didedahkan sebagai teladan supaya tiada yang mengikuti jejak mungkarnya itu.

aaa ~law yg ni xperlu didedahkanlah ~hik3
Adapun membuka AIB saudara Islam seperti dibawah ini pula adalah DILARANG dan ia termasuk dalam larangan sebagaimana hadis Rasulullah Saw di bawah ini:

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda:
 "Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat: "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah S.a.w. bersabda: "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah." 

Lalu Rasulullah S.a.w ditanya sahabat:
 " Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? " Jawab Rasulullah S.a.w: "Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).


AIB YANG DILARANG KITA MEMBUKANYA adalah perkara yang tidak menyalahi syariat Islam yang berlaku atau dilakukan oleh jiran, sahabat atau sesiapa sahaja saudara Muslim yang kita kenali. Antara lainnya adalah:-

-Mendedahkan jiran kita hanya makan sekali sehari kerana tidak mampu
-Mendedahkan bahawa jiran kita hanya makan nasi dan ikan masin dengan niat memalukannya
-Berkata bahawa sipolan itu tidak ada baju lain kah? Dari hari itu aku melihat baju itu yang diulang pakainya dengan niat menghina kemiskinannya
-Pak Imam tu macam bagus je, tiap hari sibuk nak ajak kita ke Masjid, macamlah keluarga dia tu baik sangat.
-Curi ambil gambar seseorang dan kemudian siarkan dengan niat mengaibkannya
Mencela dan menghebohkan perihal orang yang berpoligami dengan niat memburukkan sunnah Rasulullah saw, sedangkan perkara itu tidak diharamkan Islam dan banyak lagi perkara yang tidak dilarang Allah tetapi sengaja kita menghebahkan dengan niat dan  tujuan memalukan seseorang Islam yang lain.

Aaa ~sila tutup mulut ye ^_^

Perbuatan AIB serta meng'AIB'kan yang berlaku, hendaklah berlandaskan 2 situasi di atas. Ada yang WAJAR kita dedahkan supaya ianya menjadi teladan kepada umat Islam dan ada pula yang HARAM untuk kita dedahkan kerana ianya mengundang dosa dari Allah Swt.



 ~Wallahualam~
Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

4 penGomen coMeL~:

Inz Indah said...

jelas sudah mne yg bleh bukak dan tak..thanks yaw~ :D
si kucen slalu ada ye...lucu meow ngn rabbit tu..hehe

sHiMi sHinHae ^^, said...

haha ,nk wat cmana ..ak kejean cari gmbar kucen jek nk upload lam pages ,so xbyk stok gmbar lain ,hahaha ~wc yaww ^_^

Cahaya gembira said...

ingat law sahabat2 yg tengah asyik bercintan cintun xboleh bukak aib dyeorg..
nampak suda maksiat=zina ..adlah antara aib yg boleh terbuka n dibuka..
ayat terpelanting jaoh~

sHiMi sHinHae ^^, said...

aaa ~kalau menda tu ,ye wat terang2 dpn kita ..n menda tu mmg salah ,mmg boleh :)

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE