Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
BERIKANLAH YG TBAIK UTK KU ....
"Ya ALLAH, sesungguhnya aku mem0h0n petunjuk dari-Mu, berilah aku pilihan yg terbaik buat ku, dgn ilmu yg ada pd-Mu, & aku mem0hon kekuasaan-Mu, utk menyelesaikan urusan ku dgn keizinan kudrat-Mu.
Dan aku jua mem0hon kpda-Mu, sebahagian dari kurniaan-Mu yg agung, kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dgn kekhilafan, & Engkau jua Maha Mengetahui, sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dgn kejahilan..& Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yg ghaib...yg telah Kau tetapkan buat ku…
Ya ALLAH ,sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah (lelaki/perempuan) itu adalah lebih baik utk diri ku, agama ku, & kehidupan ku serta lebih baik pula akibatnya di dunia & akhirat, maka takdirkanlah & mudahkanlah fulan/fulanah bg ku,kemudian berkahilah aku dlm urusan jod0h ini...Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu, adalah lebih buruk utk diri ku, agama ku, & kehidupan ku,
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia & akhirat, maka jauhkanlah fulan/fulanah dari ku,& jauhkanlah aku dari urusan ini,& takdirkanlah kebaikan utk ku di mana pun..Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya....~~~
Dgn ini, aku bersujud pd-Mu, Ya ALLAH, mengharap & merintih kpd-Mu...
airmata yg mengalir ini, ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang-Mu,
yg manakah terbaik buat ku...Sesungguhnya hidup ku & jua mati ku, adalah semuanya hanya kerana-Mu..m0ga Kau mengasihani diri ku yg mendambakan petunjuk-Mu....Amin..."
*NOTA;- munajat & istikharah cinta..~~~
2 penGomen coMeL~:
Semoga Allah swt menemukan kita dengan jodoh yang baik
insyaallah ,sentiasa b'doa moga jodoh kita baik2 & dpt bimbing kita :)
Post a Comment