WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Monday, 9 April 2012

keniKMaTan maLam peRTama

assalamualaikum sahabat :)
malam2 cam gini nak cuba menginsafkan diri ini ..
bcerita ttg kenikmatan malam pertama..
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur..

opps,xrupa malam plak..hee ,imagine larr ye :)


Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahad?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu
dan untuk orang-orang selain darimu?

Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman,
orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu
diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?

 Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti
Asyik dan Nikmat
atau Penuh Derita dan Sengsara?

Wahai anak Adam,
apa yang telah engkau persiapkan
saat malam pertamamu nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu
bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan
Malam yang kerananya
para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis
dan orang-orang bijak mengeluh

Apa tidaknya,
kala itu kita sedang berada di dua persimpangan
dan di dunia yang amat berbeza

”Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia),

dan ketenangan pun menghilang darimu.
Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama,
demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu
dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan
dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai
dunia yang diterangi dengan lampu-lampu
yang pelbagai warna dan sinaran
dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat
serta minuman yang pelbagai
tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama
di dalam dunia yang kelam gelap-gelita
lilin-lilin yang menerangi dunia
adalah amalan-amalan yang kita lakukan
dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah

Pada saat kita mula membuka mata
di malam pertama kita di alam kubur
segala-galanya amat menyedihkan
tempik raung memenuhi ruang yang sempit
tapi apakan daya semuanya telah berakhir

Itukah yang kita mahukan?

Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa
betapa kita semua akan menempuhi
Malam Pertama Di Alam Kubur!

 

Di dalam usahanya mempersiapkan diri
menghadapi malam pertama tersebut
adalah diceritakan bahawa

Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya
Bila ia mendapati hatinya keras,
maka ia masuk ke liang kubur tersebut.
Ia menganggap dirinya telah mati
lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia
seraya membaca ayat:

“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia)

agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).”
(Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100)

 

Kemudian ia menjawab sendiri;

“Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..”

Dan disebabkan hal tersebut

Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya
sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!

 

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya

Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya
“Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kematian itu pasti.
Ia tidak meleset meski hanya sedetik
Ia biasa datang menyerap dengan tiba-tiba
Ia misteri
Kerananya setiap orang semestinya selalu siap
Dan tentu, husnul khatimah harus menjadi pilihan
Untuk mencapai itu
harus melalui jalan syari’at
dengan menjalankan segala perintah
dan menjauhi segala larangan Allah Ta’ala

 

Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya
apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Wahai pemuda gagah yang bergelimang harta dan sejuta asa
apakah engkau telah bersiap-siap menghadapi malam pertama?
Ia adalah malam pertama dengan dua wajah
mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya
atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.

(Dipetik dari buku Dr Aidh Abdullah Al- Qarni)

Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Perjalanan Rohku
Melengkapi Sebuah Kembara
Singgah Di Rahim Bonda
Sebelum Menjejak Ke Dunia
Menanti Di Barzakh
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar
Diperhitung Amalan
Penentu Syurga Atau Sebaliknya
Tanah Yang Basah Berwarna Merah
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu
7 Langkah Pun Baru Berlalu
Seusai Talkin berlagu Syahdu
Tenang Dan Damai Di Pusaraku
Nisan Batu Menjadi Tugu
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian
Seakan Ku Dengari
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembali
Kembalilah Kedalam Diri
Sendirian Sendiri
Sendiri Bertemankan Sepi
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku
Terbujur Dan Kaku
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari
Tiada Siapa Yang Terkecuali
Lemah Jemari Nafas Terhenti
Tidak Tergambar Sakitnya Mati
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi
Jantung Berdenyut Kencang
Menantikan Malaikat Datang
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku Mengharap
Ku Meminta
Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata




p/s :hmm ,mati itu pasti ..tp adakah aku sudah bsedia dgn segala amalan yg perlu dibawa ?


moga matiku dalam iman :')



Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

0 penGomen coMeL~:

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE