WeLcome to byaimina.blogspot.my ,do smiling & thanks for visiting here

Thursday, 26 April 2012

:: koNSpiRasi DaJJaL akHiR ZaMan ::

assalamualaikum ^_^

okeyy ,entry ali ni mmg panjang tp ianya ilmu ..kalau korang semua dah tahu ,alhamdulillah ...kalau belum lagi ..jom amek tahu ..so ,baca dan amek pengajaran cuz sy rasa agak seram lepas baca  ,tp nak lagi terasa ..korang kena tgk video dye ..da t'sedia di bawah sekali ,part 1 n part 2 .. WAJIB TONTON ~

SELAMAT M'BACA DAN MENONTON !


Konspirasi Freemason dan 5 zaman umat Nabi Muhammad S.A.W

 Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30.
 Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.

 “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi….”

 lalu para malaikat menjawab….

 “Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah?”
 “….sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
 mensucikan Engkau…”
 “Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu.

 Persoalannya, apakah perkara yang dimakusdkan oleh Allah yang tidak
 diketahui oleh para malaikat? Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat
 -ayat yang seterusnya iaitu;

Allah telah mengajarkan kepada Nabi Adam “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah semua malaikat tanda penghormatan kepada manusia.

 Kecuali Iblis, kerana dia sombong dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai “nama-nama” oleh Tuhannya.

 Aapakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut? Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangka oleh para malaikat.

 Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia…Biar aku tunjukkan kepada kamu semua garis masa iaitu zaman pra sejarah yang sering diajarkan kepada kita.

 Mari kita lihat sejarah ketamadunan manusia.Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya manusia zaman dahulu tidak tahu apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tidak ada bahasa, Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang.Itulah sejarah yang dipercayai oleh
 majoriti manusia.

 Tanyalah pada keseluruhan umat manusia di dunia, apabaila disebut zaman purba, mereka akan membanyangkan orang yang tinggal di dalam gua.Tetapi lupakah kamu bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasullullah? Dan ini menunujukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan. Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak tanduk seperti manusia yang waras sama seperti manusia yang wujud pada hari ini.

 Adakah Nabi Adam diturunkan dalam keadaan hina oleh Allah tanpa sebarang ilmu? Nabi Nuh pula sudah pandai membuat bahtera yang besar. Jadi, adakah dengan ini dapat disumpulakan bahawa zaman batu tidak pernah wujud! Zaman gangsa tidak pernah wujud! “Paleolitik” hanya satu istilah! Maseolitik hanya satu dongeng. Tahukah kamu siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini? Inilah orangnya, Charles Drawin!

 Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah kita!Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Contohnya;

 1-’…di masa kerajaan Sulaiman….” (Baqarah 102)
 2-”…sesudah Musa…” (Baqarah 246)
 3-”…Susdah Nuh…” (Isra’ 17)

 Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu, Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan dan kamu akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut dan bagaima ketamaduanan mereka yang begitu canggih boleh hancur sekelip mata sehingga
 kita menyangka mereka berada di zaman batu.

 “Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kami, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”
 Ali Imran ;137

 Mereka bukanlah orang gua yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini.

 Ilmu penegtahuan mereka begitu tinggi, sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit. Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa. Begitulah bagaimana sejarah-sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran dan sejarah akanterus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir. Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini adalah begitu penting bagi makhluk yang bernama IBLIS. Kerana iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.

 Umat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada 5 kategori;

 1- Mengikut Rasullulah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi Masih hidup.
 2-Pada zaman ini kita dapat melihat umat Islam diperintah
 oleh 4 Khulafa’ Rashidin
 3- Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. Mengigit di dalam hadith tersebut
 bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniyah
 dengan menggunakan sistem monarki
 4- Zaman yang diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela, itulah zaman kini.
 5- Dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam

 Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasullulah diam dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat”

Rasullulah pernah mengingatkan umatnya yang hidup pada fasa ke 4 ini akan kedatangan satu fitnah, itulah fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke 5 kerana fasa ke 5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat.

Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya sekarang sebelum munculnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mhadi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke 5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.

 Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan moden ini. Ktika itu, Jurusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templer telah dibentuk bagi mengawal keadaan di Jurusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri, tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templer yang jarang kita dengar.

Kumpulan itu telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah masjid al-Aqsa ketika berada di Jurusalem. “Harta” tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman. Baginda telah merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah al-Aqsa. Knight Templer telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israel. Sihir-sihir itu sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis.

Mereka dapat berhubung dengan Al-Masih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agnungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.

 “Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan
 di zaman kerjaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat Harut dan Marut di negeri Babil”
 Al-Baqarah 102

 Tetapi Jurusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali, dan mereka telah dihalau dan terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja telah mengharamkan Knight Templer. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Tetapi kita di ajar di dalam sejarah kononya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka telah terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”.

 Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasi menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi. Demi menutup semua konspirasi jahat mereka, mereka telah memperkenalkan “renaissance” dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat “mulia” dalam lipatan sejarah. Tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan. Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Bermulalah era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya menguasai Jurursalem semula. Haikal Sulaiman mesti didirikan untuk ketua mereka, iaitu Dajjal.

 Langkah pertama, orang-orang Yahudi mesti ditindas supaya mereka dalam keadaan terdesak. Holocaust dirancang. Setelah yahudi dalam keadaan terdesak,
 mereka memperkenalkan Zionis kepada yahudi kononya untuk menyelamatkan Yahudi. Orang yahudi dihasut untuk membina sebuah negara di Palestin bagi mengelakkan mereka ditindas. Mereka juga dihasut supaya membina Haikal Sulaiman. Walhal, di dalam Talmud sendiri terdapat larangan kepada mereka daripada membina sebuah negara sendiri. Orang Yahudi telah dijadikan kambing hitam bagi menubuhkan Haikal Sulaiman untuk menyambut kedatnagan semula Dajjal. Pertubuhan Zionis telah dicipta oleh para penyembah syaitan untuk menipu seluruh kaum yahudi yang dutindas oleh mereka sendiri.

 Setelah seluruh dunia dikuasai mereka, Perang Dunia 1&2 dirancang. Watak PBB dicipta kononnya menjadi penyelamat. Kemudian perang dingin pula dirancang dan watak Amerika pula diperkenalkan sebagai penyelamat. Nazi, Soviet dan lain-lain dicipta oleh para tentera Dajjal untuk mereka pamerkan Amerika sebagai penyelamat dunia.

Merka juga ingin memanipulasi sejarah kononya merekalah pembawa keamanan kepada dunia selepas menamatkan Perang Dunia mengalahkan “Nazi dan Soviet” ciptaan mereka sendiri. Ramai pengkaji konspirasi “antichrist” telah buktikan bahawa perang dunia dan perang dingin hanyalah lakonan semata-mata. Pemimpin pakatan bersekutu, pemimpin aliran Fasis dan pemimpin aliran Soviet tidak pernah bergaduh. Hanya tentera-tentera mereka dijadikan korban untukmenjayakan konspirasi agung Al-Masih Dajjal.

 Apabila raksasa Soviet sudah dipadam, raksasa baru harus dicipta. Oleh itu, peristiwa 11 September telah dirancang. Banyak penyiasat persendirian juga telah menunjukkan bahawa peristiwa 11 September adalah kerja Amerika sendiri. Osama bin Laden pula tidak pernah wujud. Dia sebenarnya adalah seorang ejen CIA yang bernama Tim Osama. Al-Qaeda juga tidak pernah wujud. Seorang wartawan British telah mendedahkan bahawa rakyat Afghanistan sebelum ini tidak pernah mendengar nama Osama dan juga Al-Qaeda

 . Kedua-dua nama tersebut adalah dongeng Amerika. Tururt menjayakan nama tersebut adalah Al-Jazeera yang disahkan mempunyai hubungan sulit dengan
 Kerajaan Amerika demi menjayakan propaganda perang anti pengganas.Yang wujud hanyalah Taliban sahaja. Al-Jazeeralah punca kita semua mempercayai bahawa Al-Qaeda dan Osama itu betul-betul wujud.

 Konspirasi Dajjal hampir sampai ke kemucaknya. Mereka hanya menunggu keruntuhan Al-Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman yang tidak pernah wujud itu untuk menyambut kedatangan semula Dajjal. Selepasserangan 11 Spetember,.

 Amerika telah membina pengkalan tenteranya di 10 buah negara sekitar Israel untuk menjaga bakal pusat pemerintahan Dajjal kelak. Setelah Afghanistan hancur, watak Saddam, Iran dan Hizbullah pula dinaikkan sehingga sekarang. Siapa tidak tahu bahawa Saddam Hussein adalah ahli 33 rd Degree Freemason? Iran pula kononnya menjadi penentang Amerika sedangkan Iran sendiri mempunyai hubungan sulit dengan Amerika ketika Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. Israel pula berpura-pura berperang dengan Hizbullah pada tahun 2008 kemudian berpura-pura kalah. Hakikatnya, yang menjadi korban dalam peperangan palsu tersebut hanyalah rakyat Sunni Lebanon dan pelarian Palestin.

 Allah berfirman dalam surah Al-middah ayat 51
 “Jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat dan sekutu”

 Persoalannya, adakah Allah bercakap mengenai semua Yahudi dan semua Kristian? Al-Quran sebenarnya telah menjawab persoalan ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membenarkan umat Islam mewujudkan persaudaraan dengan Yahudi dan Kristian.

 Malah lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan Kristian…??

 Yaaa…Al-Quran membenarkannya dan secara jelasnya, ayat Al-Quran yang dibacakan tadi bercakap mengenai sgelintir Yahudi dan Kristian dan bukan semua orang Yahudi dan Kristian.

JIka begitu golongan Yahudi dan Kristian yang manakah yang dimaksudkan yang mana umat Islam dilarang daripada meneruskan hubungan persahabatan dan untuk menjadi sekutu mereka. Jawapannya terdapat dalam sambungan ayat Al-Quran tadi….

 “Jangan jadikan orang Yahudi dan Kristian sebagai rakan atau sekutu, yang mana mereka itu adalah rakan dan sekutu sesama mereka”

 Yahudi dan Kristian memang tidak pernah berkawan sesama mereka pun. Tidak pernah dalam sejarah. Malah orang Kristian tuduh orang Yahudi melakukan jenayah yang paling besar, yakni membunuh tuhan. Itu adalah jenayah terbesar. Membunuh tuhan. Mereka (orang Yahudi) menyalib Tuhan (orang Kristian).

 Maka kesannya, telah selalu timbul kemarahan, kebencian dan permusuhan di antara orang Kristian dan Yahudi. Jadi ayat Al-uran ini telah membongkarkan sesuatu pada 1400 tahun dahulu di padang pasir Arab. Ayat Al-Quran ini telah meramalkan bahawa akan datang suatu hari nanti dalam sejarah yang akan menyaksikan sesuatu yang aneh, membingungkan, pelik, misteri dan menjadi tanda tanya di atas tuduhan di antara orang Kristian dan Yahudi di atas kewujudan jalinan persahabatan dan pakatan Kristian-Yahudi akan wujud

 1400 tahun dahulu Allah berfirman bahawa ini akan berlaku. Dan apabila ia berlaku, kamu perlu berhati-hati kerana jika kamu membenarkan diri kamu untuk terus menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka keISLAMan kamu akan hilang.
 Sudah wujudkah pakatan ini???

 Ya!!!Ketika kita sedang minum teh tarik dan berborak-borak sebuah perikatan yang misteri antara Yahudi-Kristian telah muncul di Eropah. Semasa kita sedang belajar ekonomi dan politik di Universiti satu pakatan yang misteri antara Yahudi dan Kristian telah muncul yang dihantar ke dunia…

 TAMADUN BARAT MODEN...
 Sekarang kamu telah faham bahawa Yahudi dan Kristian tidak pernah bergabung
 pun dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah begitu pelik sekali. Dan kamu tahu kenapa? Kerana hakikatnya, mereka bukanlah Yahudi dan mereka juga bukan Kristian. Mereka adalah penyembah syaitan. PengamalSihir-sihir kuno yang dijumpai dari peniggglan Bani Israel.

 “Orang-orang yang beriman berperang dijalan Allah, dan orang-orang kafir berperang di jalan Taghut. Maka oleh itu, perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya (konspirasi) syaitan itu adalah lemah”
 An-Nisa’ 76





Suka ?Jangan lupa LIKE dan COMMENT ye

5 penGomen coMeL~:

Inz Indah said...

umm agak lelah dan tercunggap2 nak abeskan tapi best.! takutnya berada di dunia fasa ke 4 ni bnyak cabaran..nak tengk yg utube tu,tp lembat lah sini. adehh jap,freemason tu cam badan yg ditubuhkan smula ke cner?

Nur Fadhilah Zahri said...

tkot kalu dajjal muncul...tkot di putar belik kn oleh dajjal jadi kena kuat iman dri skrg..

sHiMi sHinHae~ said...

mmg pnjang ,tp law korang tgk vid ni mmg terasa seram ..ya allah ,takut nye ..moga iman kte ni kuat ..kte dah dok kt fasa ke-4 ..hmm ~nnti ak wat plak entry sal freemason ye ..

Freemason adalah organisasi Yahudi Antarabangsa, sekaligus merupakan gerakan rahsia paling besar dan paling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua kata yang di satukan. Free ertinya bebas atau merdeka, sedangkan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali cita-cita khayalan mereka, yakni mendirikan Haikal Sulaiman atau Solomon Temple.

Unknown said...

Dh pernah tgk dh vid ni. Thanx for the explanation yg pnjang lebar ni. Pndapat sya, dajjal ni dh lama dh menyebar fitnah2nya khususnya melalui hiburan. Contohnya, pnyanyi dipuja mcm tuhan pun ada. Nauzubillahiminzaalik.

sHiMi sHinHae~ said...

yaa ~mcm yg sy baca sblum ni ..dajjal mmg dah wjud sblum zman nabi muhammad lg ,dan perantaraan mereka tu aa yg sdg b'usaha menyesatkan kte ..hmm ,nauzubillah..

CopyRight@sEgaLa yg t'caTaT di SiNi aDaLah HaK miLik sHiMi sHinHaE